Friday, 21 December 2018

[Video Ali Rustam keluar Umno hari ini?] 'Air mani yg terbuang' Memulakan tugas sbg YDP YADIM! Tok Mat: Tiada lagi keluar parti..Ye ke! Ho hak, ho hak, daripada 54 Umno kini tinggal 36 anggota parlimen..


Sabtu, 22 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH 
Walaupun dihina oleh keluarganya sendiri dgn istilah air mani yg terbuang, dihalang jadi imam dan berkuliah di masjid atgna, ditohmah oleh pembangkang sbg anak derhaka hanya kerana menukar laluan politik, namun itu sedikitpun tidak merendahkan darjatnya disisi Allah SWT.. Alhamdulillah..Semalam Ustaz Nik Omar memulakan tugas sbg YDP YADIM.
Siapa kita tanpa bonda sekadar air mani terbuang hina, tulis Nik Abduh.
Calon PAS untuk parlimen Bachok Nik Abduh yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS membuat hantaran di Facebook bagi menjelaskan pendiriannya dalam isu pembabitan abangnya Nik Omar dalam Pakatan Harapan antara lain memetik nama ibu mereka, Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Malaysiakini melaporkan di hujung tulisan itu dicatatkan ayat berikut: “Siapa kita tanpa bonda? Sekadar air mani terbuang hina.”
Kenyataan keras dan penggunaan bahasa yang dianggap tidak wajar itu mengejutkan ramai orang sedangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam surat terbukanya tidak seperti Nik Abduh – kenyataannya bersifat umum menyasarkan anak-anak bekas pemimpin PAS yang memilih parti lain.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dalam satu kenyataan berkata, pendirian rasmi parti hanya diiktiraf jika keluar daripada pimpinan utama.
Kata Tuan Ibrahim kenyataan dibuat oleh Nik Abduh itu hanya mewakili pandangan keluarga terbabit. - malaysianreview

Tok Mat: MP Umno terima kepimpinan baru, tiada lagi keluar parti

Mohamad Hasan berkata beliau yakin kekalutan yang melanda Umno susulan sejumlah pemimpin dan wakil rakyatnya yang keluar parti telah selesai selepas Ahmad Zahid Hamidi mengambil keputusan untuk "berehat".
Timbalan presiden Umno yang menjalankan tugas presiden itu berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan anggota parlimen Umno dan yakin mereka akan terus kekal dengan parti.
"Saya sudah berjumpa dengan anggota-anggota parlimen (Umno), daripada percakapan (ketika berbincang) mereka sudah berpuas hati (dengan keadaan parti).
"Mereka selesa dengan keputusan kepimpinan sekarang," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir adalah dua Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dan Mohamed Khaled Nordin.
Ahmad Zahid pada 18 Dis lalu mengumumkan keputusannya untuk menyerahkan tugas-tugas presiden kepada Mohamad berkuat kuasa serta merta.
Jelasnya, keputusan itu diambil bagi menyelamatkan Umno daripada masalah pemimpin dan wakil rakyatnya yang keluar parti.
“Jika benar saya menjadi punca utama (kepada lompat parti), maka keputusan yang saya lakukan adalah kaedah sebaik-baiknya untuk saya berikan kepercayaan kepada Mohamad untuk menjalankan tugas-tugas presiden," katanya.
Daripada 54 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU ke-14, Umno kini tinggal 36 anggota parlimen.
Dalam pada itu, Mohamad memaklumkan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mengesahkan surat penyerahan tugas Ahmad Zahid kepadanya.
Ini merupakan sidang media pertama beliau sebagai pemangku presiden.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena