Kerajaan turunkan harga minyak bermula 1 Januari
Otai BERSIH
Ini semua salah DAP..!
Hanya kerajaan PH mampu lakukan.
“Sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia pada ketika ini, kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari 2019 memandangkan penetapan harga jualan runcit produk petroleum adalah secara bulanan.
“Ini memberikan kelebihan kepada pengguna sekiranya harga minyak dunia sedang naik tetapi memandangkan trend harga minyak adalah menurun kerajaan sedia menukarkan asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Kerajaan mengumumkan harga minyak RON95 akan dijual pada harga lebih rendah bermula 1 Januari tahun depan.
“Sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia pada ketika ini, kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari 2019 memandangkan penetapan harga jualan runcit produk petroleum adalah secara bulanan.
“Ini memberikan kelebihan kepada pengguna sekiranya harga minyak dunia sedang naik tetapi memandangkan trend harga minyak adalah menurun kerajaan sedia menukarkan asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Ini selaras dengan manifesto PRU14 Pakatan Harapan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membolehkan rakyat menerima faedah penurunan harga minyak tetapi membantu golongan B40 dengan subsidi bersasar bila harga minyak naik,” katanya.
mk.
Rayme Azuan admin..bila nak post harga KFC naik..sebelum PRU ramai mahacai komplain tak mampu makan KFC pasal gst..sekarang tak nampak dorang dah..
Oklah jugak.. kalau menteri2 dulu.. kerajaan bising langsung xbuat uturn.. siap maki rakyat lagi.. suka ke menteri dulu?
Otai BERSIH
Rasuah: Bekas pegawai khas kepada menteri kabinet dipenjara, didenda
Seorang bekas pegawai khas kepada seorang bekas menteri Kabinet dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM400,000 oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah menerima suapan RM80,000, empat tahun lepas.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa penjelasan yang dibuat tertuduh, Zailan Jauhari, 48, ke atas pendakwaan kes gagal menimbulkan keraguan munasabah kerana hujahan pembelaannya didapati tidak jujur serta langsung tidak dapat diterima dan hanyalah penafian semata-mata.
Rozilah turut memerintahkan Zailan dipenjara setahun lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Zailan didakwa menerima suapan bagi mana-mana orang lain iaitu wang tunai RM20,000 dan sekeping cek bernilai RM60,000 sebagai upah kerana membantu dua syarikat mendapatkan tender bagi kerja-kerja pembersihan sekolah dalam daerah Kuala Selangor.
Dia yang pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada Februari 2014 didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Kuala Selangor, antara 7.30 malam dan 8 malam, pada 8 Jan tahun yang sama.
mk.
0 comments:
Post a Comment