Thursday, 13 December 2018

[Video Salleh Said Keruak dan Menteri pembodek seronok menari & Kuota haji untuk jemaah Malaysia kekal 30,200 orang] Mat Hassan: Kami rayu Dr M tak bubarkan Umno.

Khamis, 13 Disember 2018
Foto A Kadir Jasin.
A Kadir Jasin
Gambar yang ditularkan di media sosial ini tulen.
Ceritanya begini. Ia berlaku pada 22 Oktober atas pemintaan watak-watak dalam gambar ini.
Perdana Menteri yang dulu mereka maki dan caci jamu mereka makan malam.
Kalau zaman raja-raja dulu kala boleh jadi dah mati kena racun.
Mesti ada di kalangan mereka yang berharap pertemuan dengan Tun Dr Mahathir itu boleh memberikan mereka talian hayat.
Tetapi mereka silap besar. Pada 15 November Adnan Mansor dituduh di mahkamah kerana rasuah.
Jumpa PM perkara biasa. Keluar masuk parti pun perkara biasa juga. Tetapi jenayah tetap jenayah.
Wallahuaklam.
Foto Muhd Hassan.
Muhd Hassan

Salleh Said Keruak dan Menteri pembodek seronok menari.


Salleh Keruak seorang Menteri yg menjilat Najib walau apa jua keadaan dan Pandikar seorang speaker dewan yang menghalang segala usaha memastikan demokrasi Parlimen dijulang
Ada baiknya parti² dlm PH jgn dok layan org mcm ni ,biaq depa mampoih keraih tak berparti.!

Mat Hassan: Kami rayu Dr M tak bubarkan Umno

Mohamad Hassan menjelaskan bahawa pertemuan beliau bersama empat pemimpin Umno lain dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bukan bagi membincangkan keputusan untuk meninggalkan parti itu.
Sebaliknya, kata timbalan presiden Umno itu, mereka merayu kepada Mahathir supaya tidak membubarkan parti berkenaan, yang pernah dipimpinnya selama lebih dua dekad.
"Ia hanya kunjungan hormat," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
"Tun M (Mahathir) kata Umno akan dibubarkan. Kami merayu kepadanya supaya tidak berbuat demikian," katanya.
Mohamad menyifatkan perjumpaan itu diadakan dalam suasana yang mesra.
"Tun menerima kami. Saya pernah bekerja di bawahnya. Belanja kami sate dan macam-macam.
"Dunia ini bukan sahaja mengenai politik. Ia mengenai hubungan. Kami membuat kunjungan hormat dan pada masa sama kami kata, 'tolong jangan bubarkan Umno'. Dia janji tidak akan berbuat demikian," katanya.
Dalam hantaran di Facebook sebelum ini, wartawan veteran A Kadir Jasin mengesahkan gambar tular pertemuan perdana menteri dengan pemimpin Umno itu sebagai tulen dan berlangsung pada Oktober.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena