Monday, 31 December 2018

[Video Milah kekasih pujaanku & Mohon kerja] Mat Sabu: Ceramah Bersama Rakyat (memang pengalaman tak dak, tapi kami tak dak pengalaman MENCURI)! 2019 penentu Malaysia Baharu berjaya digerakkan atau sekadar khayalan.

Selasa, 1 Januari 2019

Mat Sabu: Ceramah Bersama Rakyat

2019 penentu Malaysia Baharu berjaya digerakkan atau sekadar khayalan

2018, rakyat Malaysia berasa bangga buat kali pertama sejak bertahun lamanya dan melakukan perkara yang mereka sendiri tidak sangka, malah dunia sendiri terkejut, apabila berjaya mengubah tampuk pemerintahan di Putrajaya secara aman dan demokratik, sekali gus memberi harapan kepada rakyat Malaysia dan dunia supaya tidak terus berputus asa memilih demokrasi sebagai suatu sistem pemerintahan.
2018 mungkin akan menjadi tahun paling penting dalam sejarah negara, yang mana akan menentukan sama ada agenda Malaysia Baharu yang dibawa Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, Bersatu, PKR dan Amanah berjaya digerakkan atau hanya sekadar khayalan.
9 Mei 2018, memberikan rakyat Malaysia peluang untuk membetulkan semula dasar pembinaan negara. Namun, sebuah Malaysia Baharu tidak boleh dibina atau disiapkan dalam tempoh 100 hari, dua tahun atau satu pusingan pilihan raya, tetapi memerlukan sedekad dua untuk dicapai.
Malaysia Baharu sedang bergelut untuk dilahirkan dan semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama, politik, jantina, sama ada di dalam negara atau diaspora seluruh dunia, harus turut serta dalam proses pembentukan sebuah Malaysia Baharu.
Perjalanan menuju sebuah Malaysia Baharu harus berakar pada tahun 2019 berdasarkan pembaharuan institusi dan struktur bagi mentransformasi Malaysia daripada kleptokrasi global kepada negara peneraju integriti; mengembalikan semula kedaulatan undang-undang; mengukuhkan demokrasi; reformasi sistem pendidikan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf antarabangsa; menyatukan rakyat Malaysia pelbagai kaum, agama dan budaya serta mengangkat pertembungan pelbagai kaum, agama, budaya dan peradaban di Malaysia sebagai satu aset untuk membentuk sebuah ketamadunan global baharu.
Pendek kata, rakyat Malaysia harus bersaing dengan dunia luar dan tidak sekadar bersaing sesama sendiri sahaja.
Rakyat Malaysia harus beralih dari era ketuanan Melayu ke arah ketuanan rakyat Malaysia.
Pembinaan negara tidak harus menjadi permainan zero sum tetapi formula menang-menang. Kita harus memperjuangkan hak orang Melayu, tetapi tidak sehingga meminggirkan hak orang bukan Melayu. Kita harus memperjuangkan hak orang Cina, tetapi tidak sehingga menjejaskan hak orang bukan Cina. Begitu juga dengan perjuangan hak orang India, tanpa mengancam hak bukan orang India di Malaysia. Begitu juga dengan kaum Kadazan, Iban, masyarakat Orang Asli di Malaysia.
Mari bersama-sama kita jadikan tahun 2020 sebagai tahun di mana rakyat Malaysia mampu menuai hasil daripada usaha pembinaan Malaysia Baharu. – Roketkini.com
*Perutusan Tahun Baharu 2019 oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Cameron Highland pada Isnin, 31 Disember 2018

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena