Berita baik buat semua yang menunggu..!
Sumber SPRM memaklumkan, Najib Razak ditahan berkaitan kes pinda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sumber SPRM memaklumkan, Najib Razak ditahan berkaitan kes pinda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib ditangkap SPRM lagi
SPRM menangkap bekas perdana menteri Najib Razak hari ini berhubung dakwaan mengubah laporan audit 1MDB, kata sumber.
Sumber daripada pihak berkuasa memberitahu Malaysiakini Najib ditangkap ketika beliau hadir untuk sesi soal siasat pada jam 11 pagi tadi.
Ketika berita ini ditulis, Najib masih berada di bawah tahanan SPRM tetapi sumber berkata para penyiasat mungkin akan membenarkan beliau dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.
"Ketika kita bercakap ini, Najib sedang direkodkan keterangannya oleh para penyiasat.
"Bagaimanapun, Najib akan dibebaskan kemudian dengan ikat jamin," kata pegawai kanan SPRM yang enggan namanya disiarkan.
Najib ditangkap di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 mengenai salah guna kuasa.
Sumber berkata mereka menjangkakan Najib akan di hadapkan ke mahkamah pada Rabu ini untuk dikenakan pertuduhan berkaitan dakwaan meminda laporan audit bersama CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Satu lagi sumber berkata para penyiasat juga merancang untuk menangkap Arul yang juga presiden syarikat pelaburan negara itu.
Mk.
3 comments:
Suruh lebai Doa utk sprm pendek umur plak.
Dah berapa kali kena tangkap.. Kena inquiri sprm.. kena dakwa.. Takmalu ke!!!
Inilah perangai pemimpin akhir zaman
Post a Comment