Saturday, 16 March 2019

[Video Senator Kena TEPEK Telur & EXCO, ADUN P Pinang Ke Christchurch Bersama Keluarga Mangsa] Remaja Bertindak Berani Pecahkan Telur Di Kepala Senator Australia Yg Menuduh Islam Sebagai Punca Serangan Pengganas..

Sabtu, 16 Mac 2019

EXCO, ADUN Ke Christchurch Bersama Keluarga Mangsa


Remaja Bertindak Berani Pecahkan Telur Di Kepala Senator Australia Yg Menuduh Islam Sebagai Punca Serangan Pengganas..

Canberra: Seorang lelaki memecahkan telur di kepala seorang senator Australia yang mencetuskan kemarahan selepas menuduh kehadiran orang Islam sebagai punca serangan pengganas di dua masjid di Christchurch.
Dalam satu video yang tular di Internet, Fraser Anning sedang bercakap dengan wartawan sebelum seorang lelaki yang memegang telefon bimbit memecahkan telur di kepalanya.
Anning yang terkejut dengan tindakan itu menumbuk lelaki itu sebelum beberapa lelaki menangkapnya.
Kejadian yang dirakam semalam itu berlaku ketika satu petisyen mendesak Anning dipecat mendapat 225,000 tanda tangan.
Ahli politik sayap kanan itu mencetuskan kemarahan selepas mengeluarkan kenyataan mendakwa kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kehadiran orang Islam adalah punca serangan di Canberra yang menyebabkan 49 orang mati.
Anning turut dikritik oleh ahli partinya sendiri yang kebanyakannya melahirkan simpati terhadap mangsa serangan pengganas berkenaan.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Untung org tepek telur je. Kalau dia tepek dgn C4 kan tak pasal.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena