Wednesday, 20 March 2019

[Video LIM GUAN ENG PERLI "SATU DUNIA TAHU, Hanya Umno Sahaja Tak Tahu" (minit 10.35)] PH Perak terus prihatin! Nga gesa Noh Omar mohon maaf.

Khamis, 21 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang duduk dan teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Dulu kutuk BN, PAS kini dah U-TURN pulak!
Tak Nak BN
Tiada penerangan foto disediakan.
PH Perak terus prihatin!

Nga gesa Noh Omar mohon maaf


Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menggesa Anggota Parlimen Tanjong Karang (BN) Noh Omar meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia selepas mencetuskan kekecohan pada sidang semalam.
Menurut Nga, kekecohan yang berpunca daripada keengganan Noh menerima perintah penggantungan selama tiga hari daripada sidang parlimen juga turut disifatkan sebagai "sombong".
"Saya telah memberitahu anggota parlimen semasa ucapan pertama saya sebagai timbalan speaker pada Julai lepas. Adalah perlu bagi mereka untuk hormat-menghormati, dan memastikan setiap perkataan yang diucapkan mestilah mencerminkan kehendak rakyat.
"Malah, kekecohan itu dibangkitkan oleh parti pembangkang, terutamanya Noh, yang mengetahui bahawa beliau dilarang memasuki sidang dewan namun beliau tetap masuk ke dalam sidang parlimen.
"Ini suatu perbuatan yang tidak boleh diterima dan sombong," tegasnya.
Semalam, Nga pada permulaan prosiding Dewan Rakyat mengeluarkan perintah menggantung Noh selama tiga hari atas dakwaan menghina Dewan Rakyat dan speaker ketika sesi perbahasan titah Yang Di-Pertuan Agong. 
Nga berkata keputusan itu diambil kerana kenyataan Noh yang menyebut MP Telok Intan 'tidak layak' menjadi timbalan speaker merupakan satu penghinaan kepada institusi Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Menurut Noh, kenyataannya dibuat selepas Nga berkata Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang ditadbir Taliban jika Umno dan PAS membentuk kerajaan.
Petang semalam Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Ariff Md Yusof juga terpaksa menangguhkan prosiding sidang parlimen selama 15 minit selepas Noh enggar meninggalkan dewan walaupun arahan beredar diberikan kepadanya.
Nga menyifatkan kelakuan Noh sebagai satu kelakuan yang tidak berpatutan kerana sidang dewan terpaksa ditangguhkan hanya kerana Noh. 
Bagaimanapun pada hari ini, Nga menafikan sidang parlimen terpaksa ditangguhkan kerana Noh.
"Ini adalah tindakan yang tidak dapat disangkal. Jadi pada hari ini, kami juga telah mengarahkan pegawai parlimen untuk memastikan beliau tidak akan masuk ke dalam dewan lagi.
"Ini sangat tidak terkawal, beliau perlu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia," katanya.
Tambah Nga, kehadiran ahli parlimen ke sidang parlimen merupakan suatu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan. 
"Semua anggota parlimen dibayar elaun untuk menghadiri mesyuarat, beliau (Noh) perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau tidak hadir semasa mesyuarat.
"Bukan tanggungjawab Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memastikan kehadirannya, saya bukan guru besar sekolah untuk memastikan setiap pelajar saya hadir di parlimen," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena