Monday, 25 March 2019

[Video Itulah yang kami waris dari kerajaan lalu] MENTERI KPDNKK, rakyat dah meluat asyik 24 jam nak main DRAMA ke nak berpolitik? Rakyat menunggu pilihan Tun, membela rakyat ATAU menjaga hati beberapa kerat manusia yang bergelar Menteri2 & MB2 yang bodoh sombong.

Selasa, 26 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Saifuddin Nasution Ismail, tolong berhenti main politik & terus jlnkan tanggungjawab anda sbg menteri kpdnhep, tlg pantau harga barangan. Tahu tak harga masih mahal & kami sakit jiwa menanggung beban!! Kos kehidupan kami tinggi sbb menteri tak bertanggungjawab!!!! Rakyat meluat asyik 24jam dgn drama & politik. Klu xmampu jalankan tugas, resign & bagi org lain jer!!
Otai BERSIH
JANJI DI TEPATI ATAU JANJI DICAPATI?
1. 'Kerbau Di Pegang Pada Tali, Manusia Di Pegang Pada Janji' - itulah pesanan datuk nenek kita sejak berzaman dulu.
2. Mengapa 'Malu Apa Boss Ku' disambut begitu hangat sekali ke mana sahaja beliau pergi walaupun rakyat tahu inilag makhluk yang merompak, mencuri dan menipu rakyat semasa berkuasa dahulu?
3. Fenomena ini sebenarnya telah juga berlaku menjelang Pilihanraya yang baru lepas apabila ribuan manusia membanjiri padang dan jalanraya walaupun ada kalanya terpaksa berjalan berbatu - batu dan dalam cuaca panas dan hujan semata - mata bagi mendengar ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
4. Tun tidak ada lampu ajaib yang boleh mempengaruhi rakyat, tetapi oleh kerana mereka telah hilang kepercayaan maka berlakulah perkara yang tidak pernah diduga - UMNO / BN hilang kuasa.
5. Kini situasi ini telah mula berubah, umpama roda yang berpusing.
6. Bezanya jika dulu hanya selepas 60 tahun berkuasa baru rakyat membuat perubahan tapi kini belum sampai setahun lagi sudah kedengaran keluhan rakyat di mana sahaja kita berada.
7. Rakyat bukanlah bencikan Tun atau sukakan Najib tapi mereka pada pandangan saya sedang memprotes terhadap beberapa perkara.
8. Majoriti rakyat sedar, UMNO / BN yang mereka buang itu masih diterajui oleh pencuri , penyamun dan kaki rasuah yang TIDAK BOLEH DIPERCAYAI langsung; dalam erti kata lain rakyat sudah jeran dengan kelakuan tersebut.
9. Rakyat dahagakan pemimpin yang boleh menyelamatkan mereka dan negara akibat penyelewengan dan salahguna kuasa oleh pemimpin - pemimpin UMNO sebelum ini.
10. Harapan Perdana Menteri agar mereka yang telah diberi peluang sama ada sebagai Menteri mahu pun Menteri Besar membantu mentadbir negara dengan baik pudar begitu sahaja.
11. Apa yang kita dapat lihat hari ini beberapa orang Menteri dan Menteri Besar berlagak sombong ; tak ubah seperti 'Kera Dapat Bunga’ lagaknya.
12. Mungkin mereka mempunyai Ijazah Doktor Falasafah atau Persuratan ( Phd ) sehingga ada pula yang sanggup menipu diri sendiri kononnya telah mendapat Ijazah itu dan ini namum itu semua TIDAK bermakna mereka pintar dan hebat.
13. Cadangan Menteri berhubung kasut hitam , kereta boleh terbang , Tabung Haji membatalkan subsidi menunaikan haji , dan ada menteri - menteri memungkiri temujanji yang telah ditetapkan dan berbagai - bagai cerita yang sakit didengar berlaku setiap hari.
14. Dalam waktu kerajaan berjimat cermat bagi mengurangkan pembaziran , ada pula yang sibuk terbang ke sana sini atas pelbagai alasan.
15. Masih belum terlewat bagi Perdana Menteri membetulkan semula keadaan ini.
16. Rakyat menunggu pilihan Tun ; membela rakyat ATAU menjaga hati beberapa kerat manusia yang bergelar Menteri dan Menteri Besar yang bodoh sombong.
17. Selain dari memberhentikan sekurang - kurangnya 2 orang Menteri Besar , Tun harus lebih tegas dan berani dengan menggugurkan sekurang - kurangnya 3 - 4 orang Menteri Kabinet.
18. Tun juga harus mengkaji peranan beberapa orang pegawai beliau yang ‘dipercayainya’ di Pejabat Perdana Menteri yang berkemungkinan besar 'dijaga' oleh orang - orang tertentu sehingga menyebabkan ramai di luar ini yang disekat dari menyantuni Perdana Menteri.
19. Ramai yakin Tun PASTI AKAN MELAKSANAKAN janji - janji Pilihanraya PH apabila keadaan ekonomi pulih namun bagi meredakan kemarahan rakyat Tun harus pulihkan imej Kerajaan yang telah tercalar terlebih dahulu.
20. Saya masih teringat pesanan Azman Attar ( arwah ) di PWTC yang berbunyi - ‘If You Have The Power, You Must Be Powerful Or You Are A Bloody Fool’.
21. Sebenarnya ALLAH SWT memberi peluang kepada Tun yang telah menjangkau usia 93 tahun membetulkan kelemahan lampau.
22. Sekali lagi sebagai ingatan kita harus membalas budi peneroka Felda, petani, pesawah dan nelayan.
23. Mana mungkin UMNO /BN dapat ditumbangkan ; mereka adalah kunci yang memberi kuasa kepada Tun dan PH.
24. JANGAN SIA - SIAKAN SOKONGAN DAN HAMPAKAN HARAPAN MEREKA.
25. Tangisan Menteri Pertanian MESTI diterjemahkan kepada pelaksanaan SEGERA ; bukan setakat 'Menanam Tebu Di Bibir' sahaja.
26. Anggota jemaah menteri khasnya Azmin Ali, Lim Guan Eng dan Datuk Mustapa Mohamad janganlah terlalu berkira sangat membantu golongan tersebut; berikan mereka keyakinan bahawa Pakatan Harapan tahu membalas budi mereka.
27. Membantu mereka akan menyelamatkan PH tapi jika terlalu berkira, PH akan hanyut pada Pilihanraya Umum akan datang.
28. SEMOGA LAUNGAN JANJI CAPATI YANG PERNAH DIDENGAR MENJELANG PRU LEPAS TIDAK BERULANG LAGI.
Terima Kasih.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena