Friday, 29 March 2019

[Video Najib..Duduklah Diam2] Ikut PASNO, CEO TH pun Cina DAP juga!.Azeez Rahim Sorok Kerugian RM 4.1 Billion tahun 2017: Takkan Pengurusan baru TH Nak Duduk Diam.

Jumaat, 29 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Tak Nak BN
Azeez Rahim Sorok Kerugian RM 4.1 Billion tahun 2017: Takkan Pengurusan baru TH Nak Duduk Diam
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri
Kuala Lumpur, 28 Mac: Kerugian yang dialami Tabung Haji (TH) seperti yang telah dibangkitkan pelbagai pihak termasuk Bank Negara sejak 2014 telah disorok Azeez. Kerugian ini berlaku sejak dia menjadi pengerusi Tabung Haji (TH) pada tahun 2013. Dengan angkuh, semua peringatan diabaikan.
Apabila pengurusan baru masuk pada pertengahan tahun 2018, ternyata kerugian ini adalah nyata. Dalam masa yang singkat, tindakan segera dan drastik perlu diambil untuk menangani masalah yang semakin meruncing. Jika tidak, bagaimana TH hendak memberi hibah?
Takkan lubang akibat kerugian ini hendak diabaikan dan teruskan sahaja beri hibah seperti pengurusan lama. Ini boleh menyebabkan TH jadi seperti skim Pak Man Telo!
Tindakan TH memindahkan aset-aset rugi kepada Kerajaan sebab nak selamatkan TH. Nilai aset cuma RM10 bilion, tapi Kerajaan beli pada harga RM19.9 bilion untuk tutup kerugian TH. Dan bagi membantu proses ini, tentulah Kementerian Kewangan (MOF) yang membantu, takkan Kementerian Kerja Raya.
Cuma ia menjadi isu hangat dek kerana MOF diterajui pemimpin DAP.
Ramai lagi pendeposit yang tak faham mengapa TH menjual aset-aset, dan semua ini hanyalah kerana kerakusan orang-orang UMNO yang menarah selagi boleh sehingga TH terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar.
TH perlu diselamatkan. Wang pendeposit perlu diselamatkan. Ia amanah yang besar.
Menjual aset kepada syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki penuh Kerajaan, dikenali sebagai Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), adalah untuk membantu mengambilalih aset-aset TH yang mengalami kejatuhan nilai bagi menutup jurang diantara aset dan liabiliti yang dialami oleh TH.
Hakikat TH telah mengalami kerugian menjangkau RM10 billion begitu pahit untuk ditelan. Dan TH tak boleh nak berdiam diri kerana ramai pendeposit akan menjadi mangsa.
Jadi, bagaimana untuk TH ‘overcome’ kerugian yang dialami?
Itu lah peranan SPV ni. Dalam bahasa mudah SPV adalah unit pemulihan bagi syarikat yang mengalami kerugian.
Dalam kes kerugian TH ni, aset-aset yang dijual kepada SPV adalah aset-aset yang memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih kerana kerugian ini telah disorok sekian lama oleh Azeez Rahim.
Dan mengapa MOF terlibat dalam SPV ni?
Ia adalah kerana, hanya MOF yang boleh buat SPV ni. Bukan kerana Guan Eng menterinya, dan jika pemimpin lain jadi Menteri Kewangan pun SPV ni akan tetap melibatkan MOF.
Apa pula peranan Prokhas Sdn Bhd yang kecoh dikatakan milik orang cina untuk menjaga aset-aset TH yang dijual pada SPV?
Untuk pengetahuan, wujudnya syarikat Prokhas ni bukan tiba-tiba lepas PH memerintah. Syarikat ni memang dah wujud lama, malah masa zaman Najib pun dah ada.
Prokhas ni berperanan sebagai entiti untuk menjaga aset kerajaan yang perlu dipulihkan. Prokhas pon hanyah menjaga aset berkenaan buat sementara waktu sahaja.
Kalau nak isu cina adalah ceo syarikat tu. Patutnya kita malu sebab, mereka lebih amanah dari melayu Islam yang dok sakau duit-duit TH sampai rugi.
TH rugi disebabkan Azeez Rahim seorang melayu dan Islam. Kalau dia jujur, dia perlu jelaskan kenapa kerugian selama ini disorok. Jangan salahkan usaha untuk memulihkan TH.

1 comments:

PokAmid said...

Takkan macais dan walaunta-Walauntit percaya dgn artikal ini!!!
Depa lagi bijak krn pak Lebai2 cap bulan jadi tukang ngajor hal2 ekonomi dan pelaburan!!
Kahkahkahkahkah

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena