Thursday, 14 March 2019

[Video Malaysia sedia kerjasama dengan Perancis siasat Scorpene & Altantuya] MP Pasir Puteh (PAS) 'kena GELAK & kena SORAK' berjemaah di Parlimen Kah kah kah! Mahathir ke Pasir Gudang, Parlimen bahas usul isytihar darurat.

Khamis, 14 Mac 2019
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini sekali lagi menyuarakan tawaran untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis yang sedang menyiasat skandal pembelian kapal selam Scorpene. Ia termasuklah dakwaan kaitan warga Mongolia mendiang Altantuya Shaariibuu dengan urus niaga kontroversi oleh pentadbiran BN itu. Beliau berkata kes itu kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mohamad menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berkenaan sama ada kerajaan akan bekerjasama dengan kerajaan Perancis berhubung skandal itu. Katanya, ini kerana beliau dimaklumkan bahawa pihak berkuasa negara itu mendapati nama Altantuya terdapat dalam beberapa kontrak berkaitan pembelian kapal selam itu.
KiniTV
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Terus ke minit 7.23 yg lain tak payah..buang masa!
Walaun Kah kah kah...

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Bodo la. Kikiki
Kami Viral
Tiada penerangan foto disediakan.

Mahathir ke Pasir Gudang, Parlimen bahas usul isytihar darurat

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan ke Pasir Gudang petang ini untuk melawat mangsa pencemaran kimia, petang ini.
Mahathir dijangka tiba di Lapangan Terbang Senai pada pukul lima petang, dan akan berkunjung ke hospital dan pusat operasi Pasir Gudang.
Media dimaklumkan bahawa satu acara yang sepatutnya diadakan di Putrajaya petang ini, di mana Mahathir sepatutnya menyerahkan kad keanggotaan Bersatu kepada bekas anggota parlimen Umno Sabah, telah ditangguh kepada esok.
Setakat ini lebih 900 orang terkesan oleh pencemaran kimia dipercayai akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.
Lebih 200 orang pula dilaporkan ditempatkan di hospital selepas terdedah dengang as tersebut, sementara lapan lagi di unit rawatan rapi (ICU).
Semalam Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di daerah itu ditutup sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Sementara itu Dewan Rakyat telah meluluskan usul tergempar untuk membahaskan pengisytiharan darurat di Pasir Gudang.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof meluluskan usul itu yang dibentang Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.
Ariff berkata usul itu akan dibahaskan bermula pukul 4.30 petang.

5 comments:

Lone ranger pomen said...

Nasib baik la islam haram bunuh diri .. Kalau tak. . .😂😂😂😂😂

Hood said...

Nawaitu lebai ni kna betulkn dulu.
Bnyk nipu kna bnyk brtaubat

Hood said...

Siakap senohong
Gelama masak sambal
Bnyk membohong
Otak jdi bebal

Cahaya kebaikan said...

Kesian cakap penuh semangat tetapi tak lekat di hati ku

nick said...

Lebai2 karut ni semuannya bodoh2 belaka. Kebodohan melampau sampai rasuah tu pun dikatakan halalan toyiban. Ni bukannya bodoh tapi dah sampai tahap otak beku dan berkarat sebab banyak sangat makan rasuah dan dedak. Tapi puak2 ni masih lagi dok berangan pegang kunci syurga.

Nick.
Cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena