Tuesday, 2 April 2019

[Video Awat takut ke, pondan ke apa] Walaupun difitnah 'anti Islam', DAP balas dengan berjasa kepada umat Islam & DAP beri Ismail Sabri 24 jam tarik balik kenyataan hasutan terhadap PH.

Selasa, 2 April 2019
KiniTV
Dewan rakyat tegang seketika melibatkan ahli parlimen jelutong RSN Rayer dan ahli parlimen Rembah Khairy Jamaluddin. Ketika perbahasan giliran Rayer, beliau dilihat mempertikai perbahasan Khairy. Namun ketika Khairy hendak bangun mencelah, Rayer tidak memberi laluan termasuk beberapa ahli parlimen pembangkang yang juga tidak diberi laluan untuk mencelah. Ia membuatkan Khairy menggelar Rayer sebagai takut dan pondan. Rayer bagaimanpun bangun dan menyelar Khairy sebagai ahli parlimen bertaraf rendah.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, teks
Tak Nak BN
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum
Walaupun difitnah “anti Islam”, DAP balas dengan berjasa kepada umat Islam. Terbaik!
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, meme dan teks

DAP beri Ismail Sabri 24 jam tarik balik kenyataan hasutan terhadap PH

Seorang pemimpin DAP memberi tempoh 24 jam kepada Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob untuk menarik balik kenyataannya yang berunsur hasutan dan berniat jahat terhadap kerajaan Pakatan Harapan.
Kegagalan berbuat demikian, kata Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, akan menyaksikan pemimpin pembangkang itu berdepan dengan tindakan undang-undang.
“Provokasi ‘jihad’ yang dilaungkannya boleh membawa kepada pertumpahan darah dan orang tidak bersalah menjadi korban gara-gara penipuan yang dilemparkan beliau terhadap Pakatan Harapan yang dituduh kononnya anti-Melayu dan anti-Islam.
“Ini mungkin adalah tindakan paling melampau UMNO kerana menghasut penyokong UMNO dan PAS untuk melancarkan perang ‘jihad’ terhadap kerajaan persekutuan adalah sama seperti menentang Yang di-Pertuan Agong, yang melantik Perdana Menteri, yang merupakan seorang Melayu dari PPBM, sebuah parti berasaskan Melayu dan kabinetnya untuk menguruskan negara kita,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Tambah, Lip Eng, kenyataan Ismail Sabri itu mengguris hati penjawat awam serta rakyat, sekaligus menggesa agar beliau membuat permohonan maaf.
“Dakwaan Ismail Sabri bahawa kerajaan Pakatan Harapan kononnya ‘anti-Melayu’ dan ‘anti-Islam’ adalah sikap tipikal Barisan Nasional, yang bergantung kepada politik pembohongan dan menyebarkan kebencian dengan tujuan untuk memusnahkan ikatan harmoni antara kaum negara ini,” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena