Thursday, 4 April 2019

[Video MASIH TERPUKAUKAH MELAYU & Siapakah yang MENGHIANATI Melayu?] Terima kasih kerajaan PH, 1.7 juta Dekoder MYTV diagihkan kpd B40 & KeBODOHan apakah penyokong Najib ni (video)? Najib tak patut cuba tangguhkan bicara.

Jumaat, 5 April 2019
Jom Channel
Bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga bekas Presiden UMNO/BARISAN NASIONAL Dato' Seri Najib Razak berdepan perbicaraan untuk tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dana RM42 juta SRC international. Inilah sebenarnya yang menjadikan Melayu dan Islam terancam.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, teks
* Nota: Pada Disember 2014, kad kredit telah dicaj AS$130,625 untuk perbelanjaan kedai fesyen eksklusif Chanel di Honolulu, AS.

Kadar pertukaran mata wang semasa:
1) RM454,610 (pada Dis. 2014)
2) RM533,441 (skrg)
KeBODOHan apakah penyokong Najib ni?
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang

Najib tak patut cuba tangguhkan bicara

Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik pasukan peguam bela Najib Razak yang didakwanya cuba menangguhkan perbincaraan bekas perdana menteri itu.
Kata perdana menteri kes yang mempunyai kepentingan umum itu sepatutnya disegerakan dan tidak perlu ditangguh.
"Sama ada lewat atau tidak, bagi masa selama enam bulan untuk dengar kes.
"Sepatutnya kes yang mempunyai kepentingan umum yang kuat, perlu dibicarakan secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas perasmian penutup Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Kuala Lumpur petang tadi.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memulakan perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan Najib dan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Pada masa sama pasukan pembelaan cuba memohon penangguhan.
Dalam prosiding semalam, saksi pertama dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan rekod tiga syarikat, termasuk SRC yang juga bekas anak syarikat 1MDB.
Perbicaraan itu membabitkan penyelewengan dana SRC sebanyak RM42 juta.
Pada perbucaraan itu, Peguam Negara Tommy Thomas dalam pernyataan pembukaan, berkata pendakwaan akan membuktikan Najib - pada 10 Februari 2015 - memasukkan RM10 juta wang daripada hasil aktiviti haram daripada akaun peribadinya ke akaun peribadi yang lain.
Thomas berkata, pendakwaan akan membuktikan bahawa Najib mengeluarkan sejumlah 15 cek peribadi daripada akaun beliau berjumlah RM10,776,514.
Katanya, akan dibuktikan juga bahawa pada Disember 2014, kad kredit Najib dicaj sebanyak AS$130,625 bagi perbelanjaan di butik Chanel di Honolulu Amerika Syarikat.
Sementera itu mengulas mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Mahathir berkata ia adalah badan bebas.
"Apa sahaja aduan, ia adalah suruhanjaya bebas, apa yang mereka mahu lakukan terpulang pada mereka," katanya.
Malaysiakini.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena