Wak tak heran kenape Datuk Seri Najib masih lagi ragu2 untuk bubarkan parlimen dan mengadekan PRU yang ke 13. Terlalu banyak perkare yang telah menimbulkan berbagai masalah kepade UMNO.
Selepas PRU 12 pemimpin2 UMNO dengan kerjasame pemimpin2 MCA, MIC dan Gerakan mencube sedaye upaye untuk mengembalikan sokongan kaum bukan melayu kepade Barisan Nasional. Malang nye usahe2 pemimpin2 BN ini telah gagal. Kaum bukan melayu masih berterusan menolak BN.
Paling tambah malang, UMNO juge telah gagal menyekat kaum melayu dari berhijrah kedalam Pakatan Rakyat terutamenye PAS. Hari ini semakin bertambah ramai kaum melayu menyertai PAS. Ini terbukti apebile di adekan ceramah2 dan perhimpunan PAS kite pasti melihat ber duyun2 manusie membanjirinye.
Perhimpunan anjuran UMNO mungkin lengang jike pengunjung nye tidak di angkut, diupah, makan dan minum, T-shirt dan topi dibekalkan. Itu lah bezanye dengan Pakatan Rakyat, penyokong2 hadir tanpa sebarang upah ganjaran dan sebalik nye mereke sanggup pule keluar wang poket untuk menyumbang derme jihat mereke.
Perjaungan dari PAS ini telah di ambil contoh pule oleh DAP. Sekarang penyokong2 DAP juge sanggup menyumbang kepade perjuangan mereka.
Amoi pun dah pandai kutip Derma Perjuangan...Canteeeek!
Althantuya MENGHANTUI Kerajaan Sementara UMNOBN!!!
Siapa Arah Bunuh Altantuyaaaa....
Auranya PM Hebat!!!
Menurut pakar perlembagaan Tommy Thomas ,"BN berada dalam kerajaan dari Mac9 Mac hinga 28 Jun,2013 adalah mengikut perlembagaan dan sah di sisi undang-undang tapi dari segi kesahihan politik dan autoriti moral di dalam persoalan."
"Pengundi boleh secara sah berkata secara majoriti mengundi untuk kerajaan BN pada 8 Mac,2008 untuk memerintah selama 5 tahun,dan jika kerajaan tersebut memilih untuk mendapatkan mandat baru dalam tempoh tersebut, ia akan menjadi caretaker goverment(Kerajaan sementara),"kata peguam Tommy Thomas.
Kata peguam tu lagi sekiranya pentadbiran Najib ingin kekalkan tradisi untuk mengadakan pru dun dan parlimen serentak maka parlimen perlu dibubarkan awal sebelum 26 Mei.Ini kerana 26 Mei ialah hari terakhir untuk negeri Sembilan mengadakan pilihanraya kerana sesi Dun akan terbubar sendiri pada 26 Mac."Jadi mengapa Najib masih tidak menggunakan hak istimewa ini untuk menasihati YDP Agong untuk bubarkan parlimen sebelum tarikh luputnya ,dan kemudiannya diikuti dengan pilihanraya umum ke 13?Hanya ada satu jawapan untuk itu,BN takut ditewaskan," kata Tommy.
Misai Merah.
Moral politik: Najib PM Sementara mulai hari ini
KUALA LUMPUR: ”Adakah Najib menerima konsep dan kebiasaan sebuah kerajaan sementara untuk pentadbiran harian kerajaan yang telah luput tempoh parlimennya, paling ketara di antara pembubaran parlimen dan pembentukan kerajaan baru selepas pilihan raya umum?” tanya Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.
Katanya dalam satu kenyataan semalam, soalan itu amat penting dalam kes Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri tidak diundi paling lama dalam percubaan tanpa mandatnya sendiri daripada pengundi untuk hampir empat tahun penuh.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut bertanya apakah Najib bersedia untuk menghormati dan mematuhi Konvensyen Kerajaan Sementara dan amalan terbaik di negara lain yang mempunyai demokrasi berparlimen yang berfungsi, termasuklah:
1. Tiada keputusan dasar yang utama boleh dibuat oleh Kerajaan Sementara melainkan dalam hal-hal mendesak dan selepas rundingan rasmi dengan Oposisi.
2. Tiada perlantikan signifikan pegawai awam utama, melainkan sebagai pemangku atau tempoh masa pendek.
3. Tiada kontrak atau akujanji sepanjang tempoh menjadi kerajaan sementara. Jika tidak mungkin untuk menangguhkan komitmen sehingga selepas tempoh pentadbiran sementara, untuk tujuan perundangan, komersil dan lain-lain sebab, akan terdapat rundingan dengan Oposisi untuk memastikan bahawa kontrak turut menyediakan fasal bagi menamatkannya jika kerajaan yang baru tidak mahu meneruskan. Syarat yang sama termasuk di dalam memberikan tender.
4. Tiada rundingan dan lawatan antarabangsa.
5. Tiada penglibatan penjawat awam di dalam aktiviti pilihan raya dengan penjawat awam mengambil pendirian neutral sementara terus menasihati Kerajaan.
“Biar Najib secara terbuka menyatakan sama ada beliau bersedia untuk menerima konsep dan kebiasaan sebagai Kerajaan Sementara apabila Parlimen ke-12 secara rasminya terbubar; dan tambahan lagi, sama ada beliau bersedia untuk menerima moraliti politik bahawa secara moralnya, beliau hanyalah Perdana Menteri Sementara bermula 8 Mac 2013, ulang tahun terakhir ‘tsunami politik 308,” ujarnya.
Harakahdaily
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.