Showing posts with label Penyokong BN. Show all posts
Showing posts with label Penyokong BN. Show all posts

Friday, 25 January 2019

[Video 47 Peratus Pengundi Tunai Kewajipan - SPR] BN, PH bertikam lidah...Tow Ah Mei: Siapa yang betul atau salah, Allah akan tahu.

Sabtu, 26 Januari 2019

Penyokong BN, PH bertikam lidah

Sekumpulan penyokong BN menghentikan beberapa orang yang membawa bendera Pakatan Harapan (PH) daripada mendekati pusat mengundi di SJK (C) Brinchang.
Kumpulan yang membawa bendera PH diketuai pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, memberitahu pemberita bahawa beliau hanya berjalan-jalan di kawasan itu.
Apabila Lim bersama rombongannya melepasi penyokong-penyokong BN yang berkumpul di jalan raya yang menuju ke sekolah, sekumpulan penyokong BN mula berteriak dan menjerit ke arah mereka.
Ketika mereka memasuki kawasan larangan berkempen berhampiran pusat mengundi, penyokong BN mula mendekati mereka sambil menjerit supaya tidak berkempen dan cuba merampas bendera dibawa.
Lim yang berpakaian baju merah jambu serta seluar berwarna coklat dengan tenang berjalan ke kereta, manakala yang hadir bersamanya berhenti dan berpatah balik menuju ke arah penyokong BN yang berkumpul di jalan.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Armand Azha Abu Hanifah yang berada di situ berkata kepada penyokong PH dengan mempersoalkan sama ada mereka mengetahui undang-undang.
"Kalau kamu tidak tahu hormat undang-undang, jangan jadi kerajaan," katanya.
Seorang warga tua berusia 78, bernama Tow Ah Mei yang memakai baju kemeja berwarna merah jambu yang tertera logo 'DAP Impian Sarawak' kemudian bertengkar dengan penyokong BN.
"Siapa yang betul atau salah, Allah akan tahu," katanya sambil mengangkat tangan ke arah langit.
Seorang lelaki yang berbaju jaket merah kemudian mendekati Tow dan mengusiknya, "Dia (Allah) kasi sokong sama you mah".
Lelaki tersebut turut mengejek Tow dengan menjerit "auntie, auntie."
Beberapa penyokong BN yang berbaju biru kemudian mengejek Tow dan berteriak kepadanya.
"Kamu pergi, jangan datang ke sini," kata seorang lelaki kepada Tow lagi.
"Kurang ajar," Tow membalas semula ejekan itu, dengan beberapa penyokong BN merakam insiden tersebut menggunakan telefon bimbit.
Malaysiakini.
Read More

Thursday, 26 November 2015

Posting Facebook 'Najib & Rosmah takde kerja lain ke'? IGP arah polis tangkap penyokong BN kerana menghasut.

Khamis, 26 November 2015

IGP Arah Polis Tangkap Penyokong BN Kerana Menghasut



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya seorang pengguna Facebook ditahan berhubung posting yang didakwa berunsur hasutan berkaitan dengan satu akuan berkanun (SD).

"Kesan dan tahan penama di bawah ini kerana menghasut," katanya dalam tweet kepada pegawainya bersama imej posting tersebut.

Posting Facebook oleh Faisal Rohban itu menyebut tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Posting Faisal sebelum ini, bagaimanapun, menunjukkan bahawa dia adalah penyokong BN dan akaunnya turut memaparkan gambar perdana menteri.

Ketika ditanya sama ada posting itu bertujuan sebagai satu bentuk sindiran, Khalid memberitahuMalaysiakini bahawa kes ini tidak terkecuali.

IGP menegaskan bahawa tidak kira siapa yang disokong, dia perlu berhati-hati dengan apa yang dikatakan dalam media sosial kerana ia memberi ruang kepada pelbagai tafsiran.

Katanya, mereka mesti bertanggungjawab dengan apa yang mereka siarkan secara umum dan kes ini tidak terkecuali.

Dalam posting seterusnya, Faisal memohon maaf, dan berkata kenyataan awal beliau mungkin mengelirukan dan disalah faham.

Sumber - mkini


Read More

Monday, 31 March 2014

Mengakhiri Perjuangan!: "TOLONG JANGAN ROBOH" - Penyokong Tegar Umno Johor

Isnin, 31 Mac 2014

BIAR KAIN RENTANG BERBICARA .... APA LAGI PENYOKONG SETIA UMNO/BN MAU!!!!


" TOLONG JANGAN ROBOH ... KAMI PENYOKONG SETIA BN ... BEGINIKAH LAYANAN KERAJAAN KEPADA PENYOKONG SETIA BN DI DESA IDAMAN "

Masa PRU 13 lain bicara .. sudah menang jentolak tiba.

Tidak mau mengupas lebih panjang sekadar mengajak pembaca, peninjau, pengkritik, penegur, peminat, pengacau dan pembenci blog Omak Kau agar cuitkan minda kalian dan tanya ... patutkah Kerajaan UMNO/BN yang menjerit terlalak terlolong berkata yang kerajaan UMNO/BN adalah kerajaan Tradisi Membela Rakyat .. Kerajaan yang Mendahulukan Kepentingan rakyat .. Kerajaan Mesra dan Berjiwa Rakyat.

Apakah benar bagai dikata .. berkata seperti bikin dan bikin seperti yang dibisingkan satu dunia????

Masih mau mengaku pembela Ketuanan Melayu???? .. Mau berkata dan hebohkan kepada dunia UMNO/BN tidak menysia-siakan sokongan padu dan setia jitu para penyokongannya?????

Jika ini boleh berlaku kepada mereka .. apa jaminan tidak akan berlaku keatas diri kita????


Kejadian pilu menyayat hati tersentap jiwa ini berlaku di Segamat Johor .. Negeri kelahiran UMNO.
Read More

Tuesday, 7 May 2013

Apa Yang Pengundi Nak PRU13? & Ya Tuhan! Apakah yang orang Cina lakukan?

Selasa, 7 Mei 2013
Apa Yang Pengundi Nak PRU13?




Image Hosted by ImageShack.us

Ya Tuhan! Apakah yang orang Cina lakukan?
Daniel Teoh Tzu Yong





SEJURUS selepas mengetahui bahawa Barisan Nasional telah memperolehi bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, Encik Najib bin Razak telah memberi analisis ringkas beliau terhadap keputusan Pilihan Raya 13. Ia cukup senang: tsunami Cina.


Mungkin ini kerana penasihat-penasihat beliau merasakan dua perkataan ini mampu mengekalkan beliau sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Kebetulan pula, parti DAP mendapat keputusan yang paling cemerlang dalam sejarah parti itu dan kini menjadi parti pembangkang terbesar dalam Parlimen.

Kita sedia maklum dengan tanggapan BN terhadap DAP: parti Cina chauvinis yang sentiasa mengkritik kerajaan (Melayu) di samping hanya mengangkat agenda-agenda Cina seperti pendidikan sekolah Cina.

Maka dengan dua perkataan ini, Encik Najib berharap mendapat anggukan setuju dan sokongan orang Melayu umumnya, dan ini bertujuan untuk mematahkan sebarang cabaran daripada dalam parti beliau sendiri. Beliau turut disokong oleh Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang memberi komen bahawa kini Malaysia mempunyai sistem dua-kaum (two-race system).

Penulis tidak mampu menberi pencerahan terhadap apa yang berlaku semalam, daripada segi pendakwaan amalan penipuan undi, atau kembalinya undi Melayu ke pangkuan BN. Sudah pasti topik ini menjadi bualan para penganalisis dan pakar sains politik dalam hari-hari akan datang.

Ramai kawan-kawan penulis yang berbangsa Cina kecewa dan marah selepas mendapat keputusan. Mereka begitu terkilan dengan komen ‘tsunami pengundi Cina’ . Bangsa penulis dijadikan senjata oleh Encik Najib dan ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan dan ketakutan.

Jadi amatlah sesuai rasanya tajuk cerita ini. Apa yang orang telah Cina lakukan?

Dr. Mahathir pernah memuji kaum Cina sebagai lebih pragmatik dan praktikal. Penulis berterima kasih kepada Tun atas pujian tersebut dan akan cuba menjelaskan trend mengundi pengundi Cina, terutamanya yang muda.

Pengundi Cina disuap dengan pelbagai jenis berita rasuah dan salah-guna kuasa tiap-tiap hari di media sosial. Walaupun bukan semuanya betul atau tepat, malangnya kerajaan BN yang lepas ada juga mengaku atas tuduhan kepincangan pentadbirannya.

Isu seperti skandal lembu NFC telah memberi persepsi buruk bahawa kerajaan (bukan parti) dipenuhi kekotoran dan memerlukan perubahan drastik.

BN tidak memahami sentiment anti-rasuah (bukan kerajaan Melayu) ini, maka mereka telah menggunakan taktik pendekatan yang amat salah. Cara seperti mempelawa Psy untuk menyanyi lagu ketika Tahun Baru Cina bukan sahaja tidak menyumbang kepada faktor ‘feel good’ terhadap BN, tetapi mengukuhkan lagi tanggapan pengundi Cina bahawa BN kaya sangat dengan hasil rasuah sehingga Psy pun boleh dijemput macam itu sahaja.

Ketidakfahaman ini juga mengakibatkan Encik Najib menanyakan soalan yang ‘memalukan’ kepada hadirin-hadirin di Han Chiang itu.

Sebagai peringatan, BN wajar mendapat maklumat dan nasihat dari sumber yang lain daripada MCA. Kekalahan teruk parti komponen itu telah menghantar mesej yang jelas lagi teru-terang.

Pengundi Cina juga tertarik dengan penawaran calon-calon yang berkaliber lagi menarik daripada parti-parti pembangkang. Kebanyakan calon-calon ini merupakan orang yang relatifnya muda, profesional, dan tidak mempunyai bagasi politik. Kebanyakan mereka bersih dan berani untuk berdepan dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan.

Calon-calon yang ditawarkan oleh MCA pula terkenal dengan nyanyian dan kelakuan yang memalukan. Malah salah satu calon profesional dari MCA – calon Parlimen Pandan Encik Gary Lim – dikatakan telah melanggar etika peguam dan surat-surat tunjuk sebab yang dihantarkan kepada beliau telah dibongkarkan oleh Rafizi Ramli.

Persepsi rasuah, cara pendekatan yang salah hasil ketidakfahaman aspirasi pengundi Cina, dan perbezaan kualiti antara calon-calon merupakan penjelasan penulis akan sokongan kuat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat.

Wahai Encik Najib, apakah yang orang Cina telah lakukan?
-harakahdaily-
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena