Showing posts with label Reformasi. Show all posts
Showing posts with label Reformasi. Show all posts

Sunday, 1 October 2017

[Video Reformasi! Kebangkitan Rakyat Malaysia] NSTP hentikan cetakan akhbar di Sabah & Sarawak? Kepercayaan rakyat kepada media perdana terhakis sejak zaman reformasi.

Ahad, 1 Oktober 2017

Kepercayaan rakyat kepada media arus perdana mula terhakis sejak zaman reformasi yang menyaksikan Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. – Gambar EPA, 1 Oktober, 2017.
Kepercayaan rakyat kepada media arus perdana mula terhakis sejak zaman reformasi yang menyaksikan Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. – Gambar EPA, 1 Oktober, 2017.

Wibawa media arus perdana hancur kerana pendirian pro BN mereka

Wibawa media arus perdana hancur kerana pendirian pro BN mereka
Penganalisis dan wartawan kanan berpendapat media arus perdana diterajui pengarang yang menyokong dan percaya kepada perjuangan BN menyebabkan kandungan media diketuai mereka diatur menepati kepercayaa itu. – Gambar EPA, 1 Oktober, 2017.
MEDIA arus perdana hanya boleh menyalahkan diri mereka sendiri kerana kehilangan pembaca dan kepercayaan rakyat kerana pendirian pro Barisan Nasional (BN) mereka telah memusnahkan kewibawaan mereka, kata seorang pakar media.
Internet juga menyumbang kepada situasi ini ketika semakin ramai rakyat Malaysia berhijrah kepada portal berita dalam talian dan pandangan yang selama ini dipinggirkan atau ditindas dalam akhbar, saluran telivisyen percuma dan radio.
Walaupun pengarang di saluran media arus perdana mengatakan pendirian kepengarangan mereka disebabkan wujudnya undang-undang ketat yang mengawalselia permit dan lesen mereka, pemerhati mengatakan ia bukanlah kisah penuh mengapa mereka mengambil pendirian sebegitu.
Banyak saluran media arus perdana ini diterajui oleh pengarang yang sebenarnya percaya dan menyokong perjuangan BN dan kerana itu kandungan media mereka digubah untuk menepati kepercayaan itu, kata wartawan veteran Wan Hamidi Hamid.
Walaupun media arus perdana kehilangan ramai pembaca dan semakin ramai orang mengikuti berita dalam talian, pakar media seperti Dr Mustafa Kamal Anuar bimbang yang ini mungkin menyebabkan BN mula mengawal kandungan laman sesawang- tindakan yang melanggar janji kerajaan dibuat pada 1990-an untuk tidak menapis internet.
“Nampaknya wujud kecenderungan pada kerajaan BN sekarang untuk mendaftar dan mengawal penerbitan dalam talian, tindakan (yang sekiranya berlaku) adalah tindakan menekan dilakukan mereka.
“Ia adalah idea yang salah untuk membantu kejatuhan (pembaca dan edaran) MSM (media arus perdana),” kata Mustafa dari Penang Institute.
Kejatuhan pembaca
Pada Jumaat, orang lama industri akhbar, Abdul Jalil Ali berkata pentadbiran BN kehilangan pengaruh dalam kalangan pengundi melalui akhbar utama yang dikawalnya disebabkan penuruan edaran.
Media arus perdana yang lemah dengan jumlah pembaca yang rendah adalah berita buruk kepada pakatan pemerintah apatah lagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin menghampiri, kata Abdul Jalil yang merupakan penasihat eksekutif pengarah Kumpulan Media KarangKraf.
KarangKraf adalah salah sebuah penerbit terbesar majalah dan buku Bahasa Malaysia serta pemilik akhbar Sinar Harian.
Menurut data dikeluarkan Biro Audit Pengedaran Malaysia (ABC), semua akhbar arus perdana mengalami kejatuhan edaran pada 2016 berbanding 2012.
Harian Metro jatuh paling teruk iaitu sebanyak 62.5% daripada 379,169 naskah kepada 142,262. New Straits Times pula berada di kedudukan kedua kejatuhan terburuk, dengan edaran jatuh sebanyak 41.6% daripada 93,321 naskah pada penghujung tahun 2012 kepada 54,490 naskah pada hujung tahun lepas.
Akhbar media arus perdana utama berbahasa Malaysia, Utusan Malaysia dan Berita Harian pula mengalami kejatuhan edaran sebanyak 30% dalam tempoh yang sama.
Tetapi, untuk berlaku adil, penurunan edaran dan kehilangan pembaca akhbar adalah fenomena berlaku di seluruh dunia, kata Wan Hamidi seorang wartawan veteran dengan pengalaman media 20 tahun.
“Selain peningkatan kos cetakan, edaran juga jatuh kerana orang lebih banyak bergantung kepada internet.”
Tetapi apa yang memburukkan lagi kejatuhan akhbar di Malaysia adalah kerana krisis kepercayaan yang semakin melebar sejak zaman reformasi, kata Prof Zaharom Nain dari Nottingham University Malaysia.
“Saya percaya, internet dan Anwar (pemenjaraan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim) memainkan peranan penting dalam mengubah persepsi rakyat kepada MSM,” kata Zaharom yang merupakan profesor dalam bidang media dan komunikasi.
Penyebaran berita internet sejak pertengahan 1990-an yang membuka ruang baru maklumat serta berita, ditambah dengan propaganda terang-terangan dilakukan MSM yang merupakan penghinaan kepada intelek ramai rakyat Malaysia menyumbang kepada kejatuhan ini.
Ruang yang semakin tertutup
Wan Hamidi berkata bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi cuba membebaskan ruang perbezaan pendapat dalam media arus perdana.
“Ada kebebasan yang diperlihatkan dalam media semasa eranya tetapi itu hanyalah kerana ia lebih terbuka berbanding zaman Dr Mahathir Mohamad.
“Tetapi di penghujung era pentadbiran Pak Lah, ia kembali kepada ‘kerajaan lebih tahu’,” kata Wan Hamidi yang pernah bekerja di NST, The Star, The Sun dan Berita Harian.
Walaupun ada pengarang kanan dan wartawan yang cuba memperjuangkang lebih kebebasan dalam akhbar, usaha ini tidak menerima sambutan, kata Wan Hamidi.
Kawalan diperketatkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak. Pentadbirannya menyaksikan lesen percetakan untuk The Heat dan The Edge Financial Weekly digantung kerana kandungan yang mengkritik perdana menteri dan pentadbirannya. – 1 Oktober, 2017.
The Malaysian Insight


NSTP hentikan cetakan akhbar harian di Sabah, Sarawak 

NSTP hentikan cetakan akhbar harian di Sabah, Sarawak 
Masyarakat di Sabah dan Sarawak kini hanya boleh mengikuti berita NSTP menerusi portal dalam talian. – Gambar EPA, 1 Oktober, 2017.

BERMULA hari ini akhbar versi cetak milik The New Straits Times Press (NSTP), New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro tidak lagi dijual di Sabah dan Sarawak, lapor BH semalam. 
Ia berikutan penurunan jualan bagi tiga akhbar itu, menurut statistik terbaharu daripada Audit Bureau of Circulations Malaysia.
The Malaysian Insight
Read More

Monday, 25 March 2013

Azzali Abdul Aziz Nak Pijak Sampai Lumat & Pencinta Muzik Nak Bunuh Yasin MOHON MAAF..

Selasa, 26 Ma 213
Individu Ugut Bunuh Mohon Maaf Kepada Yasin
yassin 3
March 5, 2013 oleh Kaki Muvie Ellaz
Di dalam kategori
Leave a comment
yassin 3

Individu Ugut Bunuh Mohon Maaf Kepada Yasin
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
Selasa Mac 26, 2013

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman menganggap komen ugutan bunuh dan fitnah yang diterimanya menerusi YouTube sebelum ini sudah selesai apabila individu tersebut telah memohon maaf kepadanya menerusi ruangan komen laman itu.
Yasin, 39, berkata, dia telah pun memaafkan kedua-dua individu tersebut dan menganggap mereka tidak faham maklumat sebenar yang ingin disampaikannya menerusi lagu Reformasi yang dimuat naik ke YouTube.
"Saya tidak mahu memanjangkan isu itu apabila individu tersebut telah pun memohon maaf di ruang komen lagu tersebut di YouTube dan saya telah pun memaafkan mereka.
"Mereka mungkin tidak faham tentang maklumat sebenar yang ingin saya sampaikan sehingga menyebabkan mereka bertindak melulu mengugut saya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Yasin menerima mesej ugutan menerusi akaun YouTube miliknya selepas dia memuat naik lagu Reformasi nyanyiannya yang dicipta khas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang berlangsung pada 25 Februari lalu.
Mesej berkenaan yang ditulis oleh individu bernama ‘Azzali Abdul Aziz’ antara lain mengugut untuk memijak-mijak penyanyi itu sehingga lumat manakala 'Pencinta Muzik’ pula berkata, Yasin patut dibunuh.
Dalam pada itu, Yasin berkata, dia juga telah membatalkan hasrat untuk membuat laporan polis berhubung isu itu dan berharap kedua-dua individu berkenaan sedar akan kesilapan mereka sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Yasin dia baharu sahaja melancarkan sebuah ‘single’ bersama penyanyi Faizal Tahir berjudul Berani selain melakukan kolaborasi dengan Maya Karin dalam lagu Demi Masa Ini

Posted by mountdweller at 1:45 AM  
Labels: Artis, Jenayah, Politik

ANAK MUDA BANGKIT
Read More

Friday, 8 March 2013

BOMBASTIC MILLENNIUM 2013!!..Penggiat Seni Tanah Air Bersama PAKATAN RAKYAT...Gegarkan KL!!!!!

Jumaat, 8 Mac 2013
Sila Amati Lirik Lagu Ini Untuk Gegarkan 16 Mac Nanti!!!

Lirik Lagu Reformasi - Yasin Sulaiman
Kuterdengar suara kebebasan
gerak nadi kemanusiaan
bersahut seindah seruan
bangkitan suara di dalam

Reformasi

Kumerasa bayu perubahan
kali ini bagai kepastian
derasnya gelombang kebenaran
kemenangan tiada terhalang

Reformasi

Kumenanti sinar kasih sayang
yang mendamba wajah ketulusan
bagai tidak lama penantian
cahaya di penghujung jalan

Warga Emas Prihatin Gen-y Tertindas
Read More

Tuesday, 5 March 2013

Yasin Diugut Bunuh? Anak MUDA Gen-y BANGKIT!! Jangan Gentar RE-FOR-MA-SI...Hancurkan Kezaliman!!!

Rabu, 6 Mac 2013
REFORMASI!
GARA-gara sebuah video nyanyian bertajuk “Reformasi” yang dimuat naik ke laman YouTube, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 39, diugut dengan ancaman bunuh oleh dua individu melalui laman berkenaan.

Komen yang berbunyi, “Yassin ni patut dibunuh jer.. “ dan “Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirm aku pijak-pijak kepala dia sampai lumat” didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik.

Yasin berkata, ugutan bunuh yang diterima melalui video lagunya itu membuktikan ada pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium sosial tersebut.

“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.

“Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, semalam.

Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

“Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.

“Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain,” katanya kesal dengan perkara itu. -SH
MASA ORDE REFORMASI!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena