Rabu, 21 Ogos 2013
Posted by Phat at Tuesday, August 20, 2013
Kronologi Geng 04
Polis Tembak Mati Lima Anggota Kongsi Gelap
Monday, 19 August 2013
Posted by Phat at Tuesday, August 20, 2013
Polis Pulau Pinang menyerbu sebuah apartmen di Sungai Nibong di sini Isnin dan menembak mati lima lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Gang 04.
Mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes tembak di Pulau Pinang sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan kejadian 4.45 pagi itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengadakan sidang media bagi memberi maklumat lanjut mengenai kes itu hari ini, katanya.
sumber
Posted by layar lara at 13:05
Polis tidak akan takut dengan tindakan 04 itu, yang dilabelkan sebagai "kurang ajar".
Polis menjanjikan tindakan tegas terhadap ahli-ahli kumpulan, ekoran kejadian dinding di ibu pejabat polis di sini yang dirosakkan dengan grafiti simbol Geng 04.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan berkata polis tidak akan takut dengan tindakan itu, yang dilabelkan sebagai "kurang ajar".
"Saya tidak fikir (grafitti) itu bertujuan mengancam. Ia hanya dilakukan oleh 'sampah masyarakat' yang tidak menghormati undang-undang.
"Jika itu adalah satu cabaran, itu bukan cara untuk melakukannya.
"Datang bertemu dengan Ketua Polis Daerah, dan kata 'Saya dari (kumpulan) 04. Jika mereka berani, marilah," kata Thaiveegan dalam sidang akhbar, Rabu.
Selain ibu pejabat polis Kuala Langat, nombor 04, simbol Swastika dan RIP (rehat dengan aman) didapati disembur pada 11 lokasi lain di Banting termasuk pondok polis dan bank di sini.
Pos Keselamatan pun kena?.. kemana Pengawal semasa kejadian?
Kejadian berlaku selepas lima yang dipercayai anggota Geng 04 ditembak mati di Pulau Pinang pada Isnin.
Insiden itu telah membawa kepada bantahan daripada ibu bapa dan rakan-rakan ahli-ahli kumpulan dan juga beberapa ahli politik yang mendakwa polis bertindak "berlebih-lebihan" dalam melakukan tembakan.
Thaiveegan menasihatkan ibu bapa supaya lebih rapat dengan anak-anak mereka dan membuat laporan jika mereka mengesyaki anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan tidak baik.
"Jika saya mempunyai seorang rakan yang saya tahu melakukan perkara tidak betul, saya akan cuba untuk membantunya atau membuat laporan. Sesetengah ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan.
"Mereka tidak tampil ke hadapan dan memberi kerjasama. Tetapi apabila konfrontasi dengan pihak polis berlaku, semua orang menjerit dan menimbulkan masalah.
"Bulan lalu ramai mengadu tentang kejadian tembak dan bertanya apa yang polis lakukan. Jadi, apabila kita mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki, rakyat perlu memberikan polis sokongan.
"Kami melakukan ini untuk melindungi masyarakat," katanya ~ mStar
Sementara itu sebuah laman Blog Pro UMNO mendedahkan beberapa keping gambar yang menunjukkan Geng 04 mengibarkan bendera pertubuhan mereka secara terbuka ketika mengiringi mayat 5 penjenayah itu ketanah perkuburan.
Semalam tiga daripada mayat penjenayah berkenaan dibawa berarak dalam upacara besar-besaran dengan paluan gendang dan letupan mercun melalui Jalan Yeap Chor Ee, Jalan Bukit Gambir dan Jalan Tun Dr Awang sebelum dibakar di Krematorium Batu Gantung di sini manakala dua lagi upacara dilakukan di Jalan Siram, Butterworth.
Berarak dengan membawa bendera pertubuhan
Untuk gambar yang lebih jelas dan lain-lain gambar sila lihat di ( SINI ) dengan peringatan pemilik Blog itu adalah macai UMNO Pulau Pinang, jadi apa saja yang berlaku semuanya dia salahkan DAP...
Posted by Anak Sungai Derhaka at Wednesday, August 21, 2013
0 comments:
Post a Comment