Monday, 19 August 2013

Mencemaskan! Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam Rujukan Kredit Pangkalan Data Bank Negara (CCRIS)...

Isnin, 19 Ogos 2013
Peminjam PTPTN di'buru' hingga ke 'lubang cacing'......terima kasih, itu cara amenu...
Awas para peminjam PTPTN  !!!......Anda gagal membayar, anda akan diburu hingga ke 'lubang cacing' kerana itu cara amenu melayani rakyatnya yang sebahagiannya adalah penyokong tegarnya sendiri malah pengundi tegarnya sendiri.

Glamour oh......nama anda akan tersenarai dalam pengkalan data CCRIS

al-brangionline:
Itulah cara jasa mu (beri undi pada amenu) dikenang.......bukannya nama ter'pahat' di 'Hall of Fame' tapi di CCRIS.
_____________________________________________

Terima Kasih kepada Pengundi BN - Peminjam PTPTN Akan Disenarai dalam CCRIS, Anda Tahu Implikasinya?

P/s: Anda tahu implikasinya?
Takziah pak cik, mak cik dan  anak muda yang mengharapkan pendidikan percuma terlaksana di bumi Malaysia. Tahniah pak cik  dan mak cik Felda yang menyokong pendidikan berbayar seperti yang diamalkan oleh BN. Tahniah juga anak muda yang mahu berhutang dengan PTPTN dan menolak cadangan pendidikan percuma yang dicadangkan oleh PR.

Tahniah & takziah, anda gagal bayar PTPTN, anda terima akibatnya!

Terima kasih pengundi BN PRU13!!!
DUNIACACAMARBA (DCM)

Tawaran Menarik: Pendidikan Percuma & Hapus PTPTN  PRU 13 Manifesto Pakatan Rakyat
Kali ini tawaran yang di buat oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia adalah menarik, khusus untuk mereka yang bergelar 'student' dan sesiapa sahaja yang mempunyai saki baki/hutang PTPTN. Saya tak khuatir bahawa orang ramai akan menolak tawaran ini kerana ia suatu tawaran lumayan bagi sesiapa yang berkecimpung dalam dunia pendidikan.
Tawaran pendidikan percuma ini bermula daripada primary school sampailah ke peringkat universiti. justeru, bagi sesiapa yang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, elaun tahunan akan diberi sebanyak RM 5000. semua ini akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat bila memegang tampuk kuasa di Putrajaya.

 Pastinya, anak-anak muda yang merasa susah untuk belajar mungkin atas sebab ketiadaan wang untuk melanjutkan pelajaran, di sinilah permulaan untuk kita memilih tawaran ini. ibu bapa juga pastinya akan menyahut tawaran pendidikan percuma ini kerana di sinilah salah satu faktor untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan dan tahunan keluarga.

Paling penting, semua orang harus menyahut tawaran ini dengan syarat agar kita perlulah belajar bersungguh-sungguh, dengan mengangkat sistem pendidikan kita ke tahap yang tertinggi dan bukannya mengambil kesempatan atas tawaran ini dengan belajar secara sewenang-wenangnya.

Sahutlah tawaran ini demi kebaikan kita semua. Undilah Pakatan Rakyat!
Posted by Nik Hafizul - WEDNESDAY, APRIL 10, 2013
wankamarul701.blogspot.com
PTPTN akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS)

Oleh JEANNETTE GOON
rbfonline.net
KUALA LUMPUR: Bermula bulan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS).

Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.
iqpresent.blogspot.com
Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh para graduan.

"Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka yang enggan membuat pembayaran balik pinjaman mereka," kata Idris pada sidang media selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN di sini.

Beliau menambah mereka yang tidak dapat membuat pembayaran balik pinjaman boleh mengadakan perbincangan dengan PTPTN untuk mengemukakan satu jadual pembayaran balik yang baru.
misaimerah.blogspot.com
Ini bagi membolehkan nama mereka tidak disenaraikan dalam pangkalan data CCRIS.

Mereka yang berjaya membuat pembayaran balik pinjaman mereka sekaligus sebelum 30 September ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus.
MStar.
mylightsaber2803.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena