Sunday, 11 August 2013

Panas!!! Kerajaan Pusat Anaktirikan Kelantan!: Bukan Alasan Kini Lagi & Jangan bodoh sombong - Mazlan Aliman

Isnin, 12 Ogos 2013

NASI KERABU TUMIS KELANTAN
Jika daun telang sudah cukup terang warnanya, tidak lagi perlu dicampurkan pewarna

NASI KERABU KELANTAN
Oleh: EDITORIAL RASA
AJK PAS Pusat minta pemimpin Kelantan tidak bodoh sombong
OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
AUGUST 12, 2013
AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman meminta kepimpinan kerajaan negeri Kelantan jangan ego dan berlagak bodoh sombong apabila ada pihak menegur mereka.

"Jangan ego dan berlagak bodoh sombong bila ada pihak menegur, kita kononnya lebih tahu apa yang mahu dilakukan. "Bagi saya jika kita positif, teguran Dr Agus Yusof mengenai Kelantan sangat baik dalam konteks memperbaiki kualiti pemerintahan," kata Mazlan dalam tulisan di facebooknya.

Ia turut dimuat dalam ruangan rencana dalam The Malaysian Insider. http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/tiada-keghairahan-baru-dalam-politik-kelantan-2-prof-dr-mohammad-agus-yusof
MB Kelantan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan 
Beliau mengulas reaksi beberapa pemimpin kerajaan negeri Kelantan terhadap teguran yang dibuat oleh Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof terhadap pemerintahan kerajaan negeri Kelantan.

Dalam tulisannya Dr Agus berkata, tidak ada keghairahan baru dalam pemerintahan kerajaan negeri Kelantan selepas pilihan raya umum lalu.

Beliau bertanya, mana pergi dua projek besar kerajaan negeri sebelum ini iaitu Lebuhraya Rakyat dan stadium baru.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar menjawab tulisan itu dengan mempertahankan kerajaan negeri dan mempertikaikan tulisan Dr Agus itu.

Turut menjawab balik tulisan Dr Agus adalah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Bagi Mazlan, lebih ramai ahli akademik atau cerdik pandai membuat teguran, "itu tandanya mereka sayangkan kerajaan kita."
"Jangan berada dalam zon selesa atau asyik menggunakan alasan yang sama; Kerajaan Pusat anaktirikan Kelantan! Alasan ini sangat kukuh jika kita baru memerintah 7-8 tahun. Barang diingat kita perintah Kelantan 23 tahun," tegas Mazlan.

Bagi beliau, sama ada teguran pihak luar tepat atau tersasar, "kita harus menjadi pendengar yang baik."
Sehubungan itu, beliau berjanji akan bangkitkan kedudukan Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan PAS Pusat sebelum ini.
"Mungkin skopnya boleh diperluaskan, keanggotaannya ditambah dan ada sayap pemikir di beberapa sektor tertentu seperti pembangunan tanah, perumahan dan kebajikan rakyat," katanya. – 12 Ogos, 2013.

Sejuk mata memandang bila tengok wajah ulama
Gambar Tuan Guru tanpa memakai serban atau  kopiah
Sejuk mata memandang bila tengok wajah ulama. Dengan senyuman raut wajah bergitu tenang dan bersahaja seolah olah tidak ada beban yang ditanggung ,dan buat julung kali penulis lihat  gambar Tuan Guru tanpa memakai serban atau  kopiah. 
Gambar ini diambil dari FB YB Azmin Ali.
SEDAKASEJAHTERA

 TG Nik Aziz Selepas Tidak Bergelar Menteri Besar.. 
KOTA BHARU: Kunjungan masyarakat luar Kelantan untuk bertemu dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melebihi aura sewaktu mula-mula menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan sekitar tahun 90-an.

Dengan situasi itu, hampir setiap hari rombongan pelancong luar akan ke Masjid Pulau Melaka tidak kurang tiga hingga lima buah bas sehari, khususnya pada hujung minggu, tidak termasuk kenderaan individu yang datang berkonvoi untuk tujuan yang sama.

Perkara itu diakui sendiri isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, ketika ditemui petang semalam di JKR 10 untuk menyelami perasaannya selepas Tuan Guru bersara sebagai Menteri Besar.

Menurutnya, walaupun Tuan Guru hanya Adun biasa, namun masjid dan kediamannya sering dikunjungi orang ramai termasuk masyarakat luar untuk bertemu dengan Tuan Guru.

“Kalau era 90-an ketika mula menjadi Menteri Besar, mereka datang bertemu Tuan Guru hanya pada majlis-majlis tertentu, kalau ada rezeki sempat bertemu.

“Tetapi sekarang mereka bertemu di rumah atau di masjid tanpa protokol,” ujarnya.

Katanya lagi, memandangkan kehadiran orang luar begitu ramai, hanya masjid sahaja menjadi ruang untuk bertemu.

Tegasnya, rumahnya yang agak sempit tidak mampu menampung kehadiran orang ramai pada satu-satu masa, apa lagi dengan rombongan bas sehingga lima buah sehari.

Katanya, jika diminta Tuan Guru khususnya ada rombongan berkenaan terdiri daripada muslimat, beliau juga akan turun di halaman rumahnya bersama-sama Tuan Guru.

Sabariah ketika ditemui mengakui walaupun beliau tidak lagi menjadi isteri kepada seorang Menteri Besar, namun tugasnya masih seperti dahulu.

“Sentiasa sibuk, sering menghadiri majlis, kadang-kadang ganti Tuan Guru kalau dia tidak sempat hadir atau keletihan,” ujarnya.

Beliau juga turut memberitahu, selagi hidup perjuangannya tetap untuk Islam, membantu kerajaan negeri dan parti.

Tuan Guru dan Sabariah kini mempunyai 59 orang cucu dan dua orang cicit.
SEDAKASEJAHTERA
#
Oleh: EDITORIAL RASA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena