LELAKI YANG BELASAH ISTERINYA DALAM LIF TEMPOH HARI SUDAH MENYERAH DIRI DI BALAI POLIS KUANTAN, PAHANG!!
KUANTAN 15 Ogos - Seorang lelaki yang membelasah isterinya dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lalu menyerah diri di Balai Polis Kuantan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, lelaki terbabit datang sendiri untuk menyerah diri di balai tersebut pada pukul 3.30 petang tadi.
"Suspek tersebut kini ditahan di Balai Polis Kuantan dan akan dipindahkan ke Pulau Pinang berikutan kejadian tersebut berlaku di negeri itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Posted by OMAK KAU!!!! at Thursday, August 15, 2013
Mangsa Belasahan Suami Dalam Lif
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian jam 4 petang itu.
Dengar penjelasan beliau...
Posted by Budak Benteng
Belasah isteri dalam lif: Berang gara-gara anak enggan ikut bersiar-siar
Belasah isteri dalam lif: Berang gara-gara anak enggan ikut bersiar-siar
BUKIT MERTAJAM: Berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, seorang suami sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital.
Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda di sini, berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.
"Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," ujar wanita yang memiliki tiga orang anak berusia antara empat hingga sembilan tahun, hasil perkongsian hidup selama 12 tahun dengan suaminya itu.
-sinarharian-
0 comments:
Post a Comment