Tunang Cif Insp Azilah Hadri Nor Azilah 'Lala' Setia Di Mahkamah ...
Nor Azila Baharudin, 29, Tunang Cif Insp Azilah (2009)
Tunang kepada Cif Insp Azilah Hadri berkata beliau bercadang untuk meluangkan masa dengan kekasihnya itu, setelah tujuh tahun terpisah.Noorazilah Baharuddin berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah hari ini, walau tunangnya itu terpaksa mengarungi tempoh yang sukar di penjara.
Tunang Azilah, yang mesra disapa Lala ditemubual wartawan di luar mahkamah. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.
Katanya, mereka sentiasa berdoa agar Azilah akan dibebaskan dan bersyukur kerana ia berlaku pada hari ini.Sementara itu, Azilah berkata beliau ingin mengunjungi penjara Kajang untuk mengucapkan terima kasih kepada para warden di situ.
“Saya akan tunaikan fardu Jumaat di sana dan menguruskan beberapa perkara selepas itu,” katanya.
Tertuduh kedua Kpl Sirul Azhar pula bersyukur kerana kesemuanya telah selesai.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada peguam, keluarga dan terutama sekali kepada ibu saya yang berdoa agar saya dibebaskan,” kata duda tersebut.
“Saya mahu kembali kepada kehidupan biasa,” katanya.
Sirul dalam keterangan di mahkamah sebelum ini berkata beliau dianiaya dalam kes tersebut dan mendakwa barang kemas milik Altantuya telah diletakkan di pangsapurinya.
Anaknya yang berusia 13 tahun ketika ditemui berkata beliau merindui bapanya dan gembira dengan pembebasan bapanya itu.
Tunang Azilah menangis gembira dengar keputusan mahkamah
Wanita yang tidak ketinggalan ke mahkamah sepanjang tujuh tahun lalu untuk memberi sokongan kepada Azilah Hadri yang terpenjara di Penjara Kajang, menangis mendengar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Tunang Azilah yang mempunyai nama sama dengannya, Nor Azilah Baharuddin, 35, dan lebih dikenali sebagai ‘Lala’ memberitahu beliau sering melawat tunangnya di penjara.
“Dia (Azilah) sangat optimis dan agak yakin akan dibebaskan,” katanya kepada pemberita selepas prosiding mahkamah hari ini.
“Ia adalah tujuh tahun yang sukar dan kami sudah lama menunggu untuk hari ini.
“Sudah banyak yang kami lalui. Tetapi dia sangat positif. Sebab itu saya percaya cakapnya yang dia akan bebas dan saya menunggunya,” katanya sambil menangis.
Lala adalah wajah yang biasa dilihat di Mahkamah Tinggi.
Azilah bagaimanapun kelihatan tenang semasa keputusan dibacakan.
Seorang lagi tertuduh, Sirul Azhar Umar bagaimanapun menjeritkan “terima kasih”.
Azilah dan Sirul kemudiannya dibawa keluar oleh warden penjara dan dibawa semula ke penjara untuk urusan pentadbiran sebelum dibebaskan.
Azilah ditahan di Penjara Kajang sementara Sirul pula di Penjara Tapah. – 23 Ogos, 2013.
0 comments:
Post a Comment