Friday, 2 August 2013

ALASAN KENAIKAN GAS kerana selaras dengan gaji minimum RM900 untuk setiap pekerja swasta..Ada Akai Ka!

Sabtu, 3 Ogos 2013
 Harga gas memasak naik mulai 01.08.2013 yang kalu, PAS tuntut penjelasan...






KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung surat pekeliling yang memaklumkan berlakunya kenaikan harga gas memasak berkuatkuasa hari ini.

Surat pekeliling tersebut kini diedarkan melalui laman Facebook dan ditujukan kepada pemborong, penjual dan pelanggan gas Petronas turut memberitahu alasan mengapa kenaikan itu berlaku.
Jika benar kenaikan gas memasak berlaku berdasarkan pekeliling itu, Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan ianya sangat tidak wajar dalam suasana pengguna yang cukup tertekan dengan pelbagai kenaikan harga barang mutakhir ini.

Apatah lagi katanya, alasan kenaikan gas kerana selaras dengan gaji minimum RM900 untuk setiap pekerja swasta sepertimana  yang tercatat di pekeliling itu adalah sangat tidak munasabah.
"Alasan tidak munasabah, macam mana dengan orang yang bekerja di kampung dan bekerja sendiri, mereka tidak ada kenaikan gaji minimum. Saya fikir satu tindakan yang tidak wajar," katanya kepada Harakahdaily.

Kenaikan ini juga katanya, akan memberi kesan kepada pengguna khususnya musim perayaan sekali gus membuatkan beban pengguna semakin membesar.

Justeru, beliau meminta kerajaan melalui  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) campur tangan dan pihak Petronas untuk memastikan tarik balik pekeliling tersebut dan kembalikan kepada harga asal.



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena