Monday, 26 August 2013

X-FILE MISTERI!!! Pembunuh Bertopeng Bebas!...'Siapa Bunuh Saya'...

Isnin, 26 Ogos 2013
Bebasnya si pembunuh bertopeng...
'Siapa Bunuh Saya'
nuraflah.blogspot
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEho28gh_YFhpAdCI2RGMKq0XVn6pOXx-n86sFOn2VIi831x2ZrQxr6BHym6buBgLFywm6eMw7SSg-RU2uBe2csBvC1rzUcvZmJ5AVrAoZ26GYJvi8NDouQaGMLk8wRlYqKJ2u2tRVO6Hs8/s400/altantuya+siapa+bunuh+sya.jpg
JAHABAR SADIQ,

Pembebasan Azilah dan Sirul Sudah Dijangka, Beri 'Motivasi' Kepada Pihak Tertentu Untuk Terus Membunuh
Sememangnya dari awal kes pembunuhan Altantuya menyaksikan perbicaraan melibatkan Azilah dan Sirul ditangguh dan ditangguh sehingga selepas pilihanraya untuk memberi laluan Barisan Nasional menang PRU tersebut. Kemenangan ini membolehkan kedua-dua 'pak sanggup' ini dibebaskan, hari ini.

Perihal ini sudah disebut dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sudah menjangka keputusan mahkamah Rayuan yang membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Apabila BN kekal, rakyat bukan sahaja tidak mengetahui apakah motif pembunuhan dan siapa yang arah pembunuhan Altantuya, malah pembunuhnya juga dibebaskan.

Walaupun dalam kes yang berprofile tinggi, walaupun sudah mengaku melakukan pembunuhan malah menyebut diri sebagai 'kambing hitam' kerana menjadi pembunuh upahan, namun akhirnya dibebaskan. Apakah ia satu keputusan menang-menang demi saling melindungi? Lihatlah bagaimana keadilan tidak berada di tempatnya, tetapi berada di tangan pemerintah.

Keputusan ini juga seharusnya memberikan 'motivasi' besar kepada pihak tertentu untuk terus menjalankan kerja 'black-ops' dengan jaminan dibebas sekiranya tertangkap dan dibicarakan. Pihak tertentu termasuk kemungkinan melibatkan anggota polis yang mengikut telunjuk atasan mampu berbuat apa sahaja kerja jahat, pasti akhirnya terlepas hukuman dan dibebaskan. Maka tidak hairanlah jika selepas ini lebih banyak kes pembunuh upahan. Konspirasi akhirnya berjaya apabila si pembunuh, individu yang mengarah pembunuhan, orang tengah, semuanya selamat. Rekod imigresen Altantuya terus hilang, bersama rekod bahan letupan yang diseludup keluar.

Pendedahan mengenai kematian tragis Altantuya telah di buat oleh SAMM dan banyak pihak lain khususnya apabila melibatkan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. che'GuBard sebelum ini pernah menulis dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 'Siapa Arah Bunuh Altantuya'. Buku tersebut telah menyebabkan che'GuBard ditahan sebanyak enam kali dan rumah che'GuBard beberapa kali digeledah, namun tiada dakwaan terhadap che'GuBard. Malah ketika buku ini dilancarkan, rumah che'GuBard dibaling dengan bom botol.

Justeru itu, apakah konklusi paling tepat mengenai pembunuhan altantuya? Negara hari ini menjadi kartun apabila membayangkan 'sebenarnya' Altantuya membunuh dirinya sendiri, kemudian bangun dan meletupkan pula dirinya menggunakan bom C4 demi menghilangkan bukti.

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

2 lelaki bertopeng aka Azilah, Sirul bebas dari tuduhan bunuh Altantuya


Siapa Cif Inspektor Azilah bin Hadri? 
Setakat ini, tidak banyak butiran peribadi tentangnya yang diketahui umum. Beliau lahir pada 28 Mac 1976 di Sarikei, Sarawak memegang kad pengenalan 760328-13-6051. Ibunya bernama Latiffah Abdullah (55). Anak sulung daripada 12 adik-beradik. 

Mendapat pendidikan hingga tahap Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sarikei. Oleh kerana dia berasal dari keluarga miskin, dia terpaksa membawa ibu bapanya yang sudah tua dan tidak bekerja tinggal di Sepang , Selangor berdekatan Balai Polis Sepang, tempat beliau bertugas.

Azilah masih bujang tetapi mempunyai seorang anak angkat lelaki 4 tahun bernama Muhammad Azizul Azilah Hadri. Azizul memanggil Nor Azila sebagai mummy manakala Azilah pula sebagai abah. Azilah sudah bertunang dengan Norazila Baharudin (29). Sebelum ditangkap , Azilah tinggal di mes bujang Bukit Aman.

Yang menariknya, DSP Zainudin memberitahu mahkamah bahawa Azilah bertugas sebagai pengawal pengiring Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Azilah telah memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan tugasnya mengiring PM dan TPM. Malah berasa seronok kerana kerap dapat ke luar negara.

Siapa Koperal Sirul Azhar Umar?
altantuya trial 160707 azilah
Sirul Azhar dilahirkan pada 1972, telah berkahwin namun telah bercerai secara aman dengan isterinya pada tahun 2004. Rakan karibnya, Sarjan Rosli Ibarahim menyatakan yang anak sulung Sirul, perempuan kini dijaga oleh keluarga angkat Sirul Azhar di Muadzam Pahang. Sementara anak kedua lelaki dijaga oleh ibunya di Changkat Jering.

Tugasan terakhir Sirul Azhar ialah menjadi pegawai keselamatan UTK Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Islamabad, Pakistan. ASP Zulkarnain Samsudin menyatakan pada 6 Nov 2006, Sirul Azhar telah menunjukkan bukit di mana wanita itu diletupkan. Rekod Celcom menunjukkan Azilah berada di Puncak Alam (tempat kejadian) dan telah berkomunikasi dengan Sirul dan Abdul Razak Baginda menggunakan telefon pada pukul 10.43 malam dan 11.16 malam pada 19 Oktober 2007.
Read more: http://nuraflah.blogspot.com/2008/11
Misteri Pembunuh Bertopeng!

1 comments:

japar said...

HOO...penulis blog tidak kenal siapa sebenar Azilah Hadri...mahkamah dah membebaskan dia dari kesalahan membunuh...so dia tidak brsalah...penulis blog begitu tidak adil menggunakan perkataan "pembunuh" kpd beliau...(mungkin penulis blog ada melihat pembunuhan)...saya lebih kenal Azilah daripada anda...percayalah dia merupakan rakan baik saya dan merupakan saudara kepada isteri saya....sama2 bersekolah dulu....penulis blog kurang matang...sunat lagi sekali baru matang kot!

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena