Wednesday, 27 November 2013

Hishamuddin Rais dan Rombongan “Misi Mencari Siti Aishah” Tiba Di London

Khamis, 28 November 2013
Hishamuddin Rais: Ternow Dari London


LAPORAN BERITA DARI LONDON

Tim mencari Aishah masih lagi menunggu di kota London. Kami menginap disebuah hotel tidak berapa jauh dari Victoria Station. Dalam pusat kota.


Cuaca antara 6-7 celsious.

Cik Gu Kamar kelihatan  selesa cuma awal kelamrin bilik Cik Gu Kamar ditingkat tiga lalu kami memohon pindah ke tingkat bawah yang lebih rendah.  Tentang makana tidak ada masalah.  Kelmarin kami makan di Restoran Bangla.

HARI INI
kami berharap akan dapat bertemu dengan ketua polis yang mengetuai siasatam kes ini. Kami ingin menyampai suratkan Cik Gu Kamar kepada pegawai polis ini untuk disampaikan kepada Aishah. Kelmarin pegawai polis ini berada diluar kota.
Sekian - jam 7.37 pagi london

BELGRAVE SQUARE

adalah dimaklumkan
cik gu kamar baru sahaja selesai
mengadakan pertemuan dengan
pesuruh jaya tinggi malaysia ke united kingdom
dato' sri zakaria sulong

turut hadir
ialah martin dari daily telegraph
dua pembantu pak duta

yang dibincangkan ialah
meminta kerja baik pak duta
agar surat yang ditulis oleh cik gu kamar
dapat disampaikan kepada chief inspektor neil hamilton
pegawai polis yang  mengepali siasatan

pak duta juga menerangkan
bagaimana pihak malaysia telah
menghubungi pihak polis kota london
sebagai mana yang termaktub
dalam perjanjian perhubungan diplomatik
dimana pihak keduatan  mana mana negara
berhak datang memberi bantuan warga

pak duta  menyambut cik gu kamar
dengan penuh perasaan yang simpati

HARI RABU
kah kah kah
tak sedar hari ini hari rabu
mafia mckk diseluruh dunia
akan memakai tali leher old boy

buka buka pintu pejabat pesuruh jaya
dah ada tercegat si pemakai tali leher
kah kah kah
kah kah kah

DARI UM
pak duta
teringat
saudara saudari dan kawan kawan
di universiti malaya
1972 - dimana pak duta belajar
satu jantan dengan tukar tiub
jabatan sejarah - kah kah kah
lalu cerita zaman itu keluar
dan wartawan daily telegraph tak tahu hujung pangkal
kah kah kah

ok tt nak gi carai makan
akan disambung...

jam -11.38 pagi london

TERBARU TERKINI TERNOW
kami menunggu
kami menanti
perkembangan  yang sedang berjalan

bersabar menunggu
semua sedang diatur
semua sedang disusun
untuk membolehkan cikgu kamar
dapat bertemu dengan adiknya

kami tidak tahu
malah dunia pun tidak taahu
dimana siti aishah sekarang

sebelum kami naik pesawat
kami agaknya 99.%  perempuan itu
aishah

kini telah jelas 
telah 100%

INGATAN INGATAN KOTA LONDON
DATANG KEMBALI

akhbar daily telegraph kelmarin
siar muka depan besar gambar aishah
laporan dari deen neelson dari jelebu
dan laporn martin dari london

media seluruh sednag mencari
orang yang sedang menacri aishah

kepada kawan media
sila beriat tahu kawan kawan
untuk mengikuti tukar tiub

nak talipon
nak sms
agak mahal

hanya dari blog 
hanya dari twiter
berita mencari aishah akan muncul

ikuti terus menerus
tukar tiub pemebah berita

JAM 10.40 PAGI KOTA LONDON

disini tukar tiub melaporkan dari kota london
yang sejuk dan sejuk

cik gu kamar baru sahaja menulis surat
surat ditulis untuk adiknya siti aishah

semua di gambari
semua dirakam -

kami minum pagi bertemu dengan
martin dan eddy
martin wartawan
eddy juru kamera

deen  nelson yang datang sama dari  kl
akan mengudur pulah ke new dehli
deen nelson yang berjaya membawa berita
tukar tiub  yang memecah berita
hanya tukar tiub laporan jelas berani langgar

kini ketua polis telah mengakui bahawa
wanita itu ialah siti aisah
tapi tukar tiub dah lama tahu

SURAT DITULIS
cik kamar memulis surat dari hati seorang kakak
apa isi surat itu?

ini ialah suara hati seoarang kakak
suara hati kakak yang kehilangan adik
suara dan perasaan untuk melihat kembali
perjalalan hidup

aduh!
air mata keluar ketika surat ditulis
sedih dan sedih

tunggu dan nanti

ke jelobak ke jolobu
tuai padi tiga tangkai
dah kono komat jolobu
kok merano badan merasai

sugai petasih ayernya goreh
kayu lalu lintang pukang
adat petasih amat lah koreh
anak dara boleh dihutang

kah kah kah

PERASAAN KETIKA INI
letih belum tidoooo
tapi wajib laku kan apa yang wajib dilakukan

HOTEL 
kami pindah hotel
ke mana?
ke hotel yang lebih selesa
untuk cik gu kamar

Tukar Tiub

Rombongan dari Malaysia ke London dalam misi mencari Siti Aishah Abdul Wahab, wanita yang dikatakan menjadi tahanan selama tiga dekad tiba di London selepas 14 jam penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.20 pagi tadi (gambar), lapor Hishamuddin Rais melalui blognya.

Hishamuddin melalui blog; tukartiub.blogspot.com berkata, waktu ketibaan beliau di London adalah jam 5.30 pagi dan ketibaan rombongan berkenaan yang turut disertai kakak kepada Siti Aishah, Kamar Mahtum Abdul Wahab.

"Maaf, nama hotel tidak dapat diberitahu takut wartawan akan berkampung. Jangan marah," kata Hishamuddin dalam blognya.
Beliau turut berkata, rombongan berkenaan turut diserbu wartawan di London sejurus keluar dari lapangan terbang.
"Cikgu Kamar menunggu Dean untuk pergi minum pagi dan berbincang apa yang perlu kami lakukan," katanya lagi.

Kamar yang berlepas ke Britian malam tadi berkata, walaupun masih belum pasti 100% Siti Aishah adalah adiknya, tetapi naluri hatinya tetap teguh dengan kepercayaan itu.
“Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider di KLIA malam tadi.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.
Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.

Akhbar Daily Mail semalam mendedahkan nama wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.
“Jika dia adalah adik saya, saya gembira. Tetapi, apakah beliau gembira bila berjumpa saya?” kata Kamar, seorang pesara guru.
“Adik saya mungkin berubah, tetapi saya ada firasat. Allah bagi kita ‘the sixth sense.’ Saya akan tetap tahu dia adik saya jika dia benar-benar adik saya. - 27 November, 2013. (TMI)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena