Saturday, 23 November 2013

Muktamar Pas: USUL TERGEMPAR & Isu Perletakan Jawatan...

Ahad, 24 November 2013

Atas semangat kesedaran dan kebangkitan rakyat aku
nak kongsi2kan persoalan ini.

Dalam semangat dan iltizam menunjukkan kekuatan PAS
Dalam kuat gema pekikan melaungkan kebangkitan perjuangan PAS.
Dalam impian mengukuhkan kedudukan kuasa PAS teratas menguasai Tahaluf Siyasi
Dalam ruang menonjolkan kehebatan diri bergelar pemimpin;

Terdedah dengan jelas beberapa perwakilan dalam barisan pembahas-pembahas PAS hilang fokus dalam perkara-perkara utama yang mampu mencapai impian pendokong perjuangan PAS untuk mengukuhkan kuasa bagi menumbangkan UMNO pencabar utama PAS.

Bang Lasia Fb 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat

"PAS Negeri Johor menyokong sepenuhnya titah Sultan Johor untuk mengembalikan cuti mingguan ke hari jumaat" 
Pesuruhjaya Pas negeri Johor membentangkan usul tergempar menyatakan menyokong sepenuhnya titah Sultan Johor bersempena hari keputeraan baginda semalam bahawa cuti mingguan negeri Johor adalah pada hari Jumaat.

SHAH ALAM, 23 Nov - PAS Johor membuat usul tergempar sempena titah Sultan Johor berkenaan pertukaran cuti hujung minggu Negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.
Usul yang dibacakan Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr. Haji Mahfodz Mohamed seperti berikut:
"PAS Negeri Johor dengan ini menyampaikan ucapan menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Johor pagi ini di Muar, Johor sempena Hari Keputeraan Baginda Kali Ke-55.
"Baginda Sultan bertitah bahawa cuti mingguan di Negeri Johor dikembalikan semula kepada hari Jumaat mulai Januari, 2014.
"PAS Negeri Johor menyokong sepenuhnya titah Sultan Johor untuk mengembalikan cuti mingguan ke hari jumaat kerana semenjak zaman penjajah sehingga 1994, cuti mingguan adalah pada hari Jumaat namun telah ditukar ke hari Ahad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin, sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor.
Tanda sokongan dan menjunjung kasih kepasa Sultan Johor ini, seluruh perwakilan dan pimpinan PAS berdiri bertakbir tiga kali.
Sebelum ini pada 1994, Johor juga menggunapakai sistem yang sama di mana hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu.Written by Te@M I.T

Masalah pengundian: Asmuni sedia letak jawatan
Photo: Tuan  Hj Asmuni Awi selaku  Ketua Sekretariat Pemilihan AJK  Pas Pusat memohon maaf diatas kesilapan teknikal pemilihan
Tuan Hj Asmuni Awi selaku Ketua Sekretariat Pemilihan AJK Pas Pusat memohon maaf diatas kesilapan teknikal pemilihan

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata kepimpinan PAS menerima permohonan maaf jawatankuasa pemilihan PAS susulan masalah teknikal yang berlaku pada pemilihan anggota anggota jawatankuasanya semalam.

Sambil memuji tindakan pengerusi pemilihan Asmuni Awi yang mengakui bertanggungjawab dan bersedia meletakkan jawatan, Mustafa bagaimanapun berkata perkara itu tidak perlu dilakukan kerana PAS masih dalam proses pengundian.

"Atas dasar itu dan pandangan presiden yang menyatakan kesilapan teknikal adalah kesilapan yang dihadapi manusia.

"Kita menerima permohonan maaf jawatankuasa pemilihan dan tok guru (presiden) menasihatkan supaya terus memberi kepercayaan dan meneruskan pemilihan," kata Mustafa dalam muktamar PAS hari ini.

Mustafa memberi penjelasan Asmuni yang sebelum itu menyatakan permohonan maaf kepada muktamar dan mengumumkan kesediaan melepaskan jawatan selepas menyedari kesilapan mereka semalam. 
Malaysiakini.

 Asmuni bagaimanapun membatalkan hasratnya

Seperti main tarik tali. Pengerusi jawatan kuasa pemilih bagi Pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, 

Asmuni awi yang mengumumkan meletak jawatan siang tadi , menarik balik keputusan itu. Ia setelah beliau 

dipujuk untuk membatalkan hasratnya itu. Keputusan meletak jawatan ekoran kesilapan keguguran nama 

calon di dalam kertas pengundian sehinggakan pengundian AJK PAS Pusat terpaksa ditangguhkan. Dan 

hasrat beliau meletak jawatan disuarakan sewaktu memohon maaf dihadapan 1,300 perwakilan. Asmuni 

bagaimanapun membatalkan hasratnya atas permintaan ahli majlis tertinggi PAS dan perwakilan. - See more

 at: http://www.tv9.com.my/beritatv9


 PAS dicadang untuk supaya silibus Lajnah Pemerkasaan Parti dibengkelkan dan diterapkan agar dapat menjadi bunyanun marsus. Cadang untuk segera mewujudkan gerk karja itu penting bagi memperkasakan dakwah.


SHAH ALAM, 23 Nov - PAS dicadang untuk supaya silibus Lajnah Pemerkasaan Parti dibengkelkan dan diterapkan agar dapat menjadi bunyanun marsus. Cadang untuk segera mewujudkan gerk karja itu penting bagi memperkasakan dakwah.
Cadangan tersebut dikemukakan perwakilan Dewan Muslimat. Ustazah Dr. Asiah ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-59.
Tambahnya, ke arah melahirkan parti yang friendly women, Dewan Muslimat PAS telah memperkenalkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) dan Poskad Hijau Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia (ABWM) untuk membawa visi empowerment of women dan juga memartabatkan wanita.
Beliau juga menyeru semua perwakilan agar memperhalusi 13 perkara sebagai persiapan menghadapi PRU 14, iaitu :
1) Mantapkan Organisasi dan kepimpinan Dewan Muslimat di Semua peringkat.
2) Mantapkan Jentera Pilihanraya Muslimat – HalWa di semua peringkat.
3) Bersihkan daftar pemilih.
4) Program mendaftarkan pemilih baru.
5) Program menambahkan ahli PAS.
6) Memperkukuhkan kerjasama wanita Pakatan Rakyat.
7) Engagement dengan Anak Rantau.
8) Engagement dengan NGO's
9) Falsafah dakwah dan berkebajikan merentas setiap program
10) Menguasai kemahiran komunikasi, ICT, strategi, dan penyelesaian konflik.
11) Konsisten menyantuni masyarakat dan pengundi.
12) Persiapan dana PRU ke-14.
13) Mengikuti dan menguasai isu-isu penting Malaysia.
Beliau juga merakamkan penghargaan pada petugas jentera pilihan raya Halwa seluruh negara, terutama dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Besut dan Sungai Limau.
"Keupayaan muslimat hari ini makin menyerlah. Muslimat dengan gigih kendong anak turun kempen dari rumah ke rumah turun untuk memenangkan parti", ucapan semangat ini disambut dengan laungan takbir oleh muktamirin.
Perwakilan juga menyokong penuh tahaluf siyasi. "Umno bukan saja menjauhkan bukan Melayu daripada Islam, tapi Umno juga menjauhkan orang Melayu daripada Islam. Sedangkan PAS melalui kerjasama politik di dalam PR ini mempunyai ruang dakwah yang sangat luas".
"Sama ada dari sistem filing hinggalah berfikiran minda antarabangsa Muslimat bersedia menyambut seruan Presiden untuk memperkemas pengurusan dalaman parti disambut baik oleh Dewan Muslimat PAS," tambahnya.
Photo: Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-59 hari ketiga dimulakan dengan Penggulungan Ucapan Dasar oleh Pengerusi Lajnah Alam Sekitar - Hj Zulkefly Mohamad Omar
Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-59 hari ketiga dimulakan dengan Penggulungan Ucapan Dasar oleh Pengerusi Lajnah Alam Sekitar - Hj Zulkefly Mohamad Omar

Photo: Penggulungan Ucapan Dasar oleh YB Ustaz Idris Ahmad - Pengerusi Lajnah Tarbiyah sebentar tadi ~  "Tarbiyah paling penting adalah tarbiyah Fardi"
Penggulungan Ucapan Dasar oleh YB Ustaz Idris Ahmad - Pengerusi Lajnah Tarbiyah sebentar tadi ~ "Tarbiyah paling penting adalah tarbiyah Fardi"

Photo: Pembentangan dari Pewakilan Wilayah Persekutuan, Saudara Kamaruzaman Mohamad
Pembentangan dari Pewakilan Wilayah Persekutuan, Saudara Kamaruzaman Mohamad

Photo: Pembentangan dari Pewakilan Negeri Sembilan, Puan Fareedah Samad
Pembentangan dari Pewakilan Negeri Sembilan, Puan Fareedah Samad

Photo: Pembentangan dari Pewakilan Negeri Terengganu, YB Hishamuddin Abdul Karim
Pembentangan dari Pewakilan Negeri Terengganu, YB Hishamuddin Abdul Karim

Photo: Pembentangan dari Pewakilan Negeri Sarawak, Saudara Mohd Arifi Riazul B. Paijo
Pembentangan dari Pewakilan Negeri Sarawak, Saudara Mohd Arifi Riazul B. Paijo

Photo: Pembentangan dari Pewakilan Dewan Muslimat, Ustazah Dr. Asiah Ali
Pembentangan dari Pewakilan Dewan Muslimat, Ustazah Dr. Asiah Ali

Photo: Pembentangan dari Pewakilan Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Ir. Hj Kharil Nizam Khairuddin
Pembentangan dari Pewakilan Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Ir. Hj Kharil Nizam Khairuddin

Photo: Pembentangan dari Pewakilan Negeri Perak, Ustaz Dr. Mohd Nuri Al Amin
Pembentangan dari Pewakilan Negeri Perak, Ustaz Dr. Mohd Nuri Al Amin

PAS Perlis mencadangkan Lajnah Penerangan PAS mengambil inisiatif yang terus menerus dan mantap dalam menjelaskan isu-isu yang berbangkit seperti isu Tahaluf Siyasi.

Perwakilan Perlis, Mohd Shukri Ramli 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena