Thursday, 21 November 2013

Pemilihan Kepimpinan Pemuda Pas Sesi 2013/2015... Sedang berlangsung!

Khamis, 21 November 2013
Dari Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat 

4 PRINSIP BANGKIT
20 Nov, Shah Alam - Berlandaskan tema BANGKIT yang menjadi latar Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-54, para pemuda diseru untuk melakukan perubahan dalam negara berdasarkan empat prinsip utama.

Pertama; Memberi didikan agama, moral dan politik yang jelas kepada rakyat.

Kedua; Menghalang agenda dan aktiviti yang merosakkan agama, peribadi dan pemikiran.

Ketiga; Menentang kezaliman, penindasan dan penderaan rakyat atas nama ekonomi mahupun sosial dan politik.

Keempat; Menolak penipuan dan kepincangan dalam urusan pilihanraya dan sistem demokrasi negara.

Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ini menyaksikan kehadiran seramai 648 perwakilan dari seluruh negara.
Written by Te@M I.T







/index.php/health-menu/94-berita-muktamar/ucaptama/261-dewan-pemuda
SEMBOYAN PEMUDA BANGKIT!

SHAH ALAM, 20 Nov - Semboyan Infiru yang membawa tema 'Bangkit' dan 'Bingkas' menjadi latar Muktamar Dewan Pemuda kali ke-54. Infiru dipilih sebagai simbolik semboyan agar para pemuda Islam agar bangkit mempersiapkan dan jemaah untuk terus memacu ke medan siasah.

Ketua pemuda PAS, YB Nasrudin Hassan Tantawi dalam ucapannya dekat sini menyeru para pemuda supaya mencontohi semangat jihad Abu Talhah yang bangun berperang meskipun uzur lantaran telah berperang dari zaman Rasulullah sehingga ke zaman Saidina Ali.

Ahli Parlimen Temerloh itu juga meletakkan Ikhwan Muslimin sebagai satu tauladan terbaik kepada Gerakan Islam. Meskipun menghadapi pelbagai mehnah sehingga diharamkan, aktivis Ikhwan Muslimin tidak menghentikan gerak kerja tarbiyah disamping perancangan serta strategi politik yang tidak pernah padam.

Rentetan Revolusi 25 januari 2011, Ikhwan Muslimin telah dianugerahkan Allah kemenangan dalam pilihanraya berikutnya dengan memenangi 235 dari 498 kerusi parlimen. Presiden Mesir yang baru dipilih daripada Ikhwan Muslimin.

Namun begitu, rampasan kuasa oleh pihak tentera yang berlaku pada 3 Julai 2013 menjadikan aktivis Ikhwan Muslimin terus bangkit berjuang mendapatkan hak mereka tanpa putus asa.

Kesabaran Ikhwanul Muslimin perlu dijadikan iktibar kerana perjuangan mereka bertitik tolak dari kefahaman yang jelas mengenai kewajiban berjemaah sekaligus kesedaran untuk bangkit berjuang demi mendaulatkan syariat Allah.
Written by Te@M I.T

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena