Awat pulak MB Johor melompat pelik bila ada yang bocor cadangan cuti Jumaat
Bharian melaporkan:
Kerajaan negeri menyifatkan tindakan membocorkan maklumat dan menyebarkan kandungan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkaitan usul cuti mingguan Jumaat Sabtu adalah tidak wajar.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata dokumen rasmi itu adalah rahsia kerajaan negeri dan penyebaran isi kandungannya kepada umum adalah tindakan tidak amanah. - Bharian.
TheMalaysianInsider pula melaporkan:
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat tindakan membocorkan kandungan dan menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan negeri ini.
"Perkara berkenaan masih dalam perbincangan dan belum diputuskan lagi. Perbuatan yang dilakukan ini menggambarkan sikap tidak amanah dalam merahsiakan hal sulit kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pernikahan beramai-ramai di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini. - TMI.
Aku tak berapa nak faham pasai apa pulak Kerajaan negeri Johor melompat bila berita baik macam ni bocor.
Memang la dari segi etika bocorkan perbincangan yang belum ada kata tu memang tak betul tapi cara depa melompat tu nampak macam depa sebenarnya tak setuju dengan cadangan tu.
Takkan kut depa malu pasai dokumen yang bocor tu ada sebut negeri Kelantan.
Tapinya kalau ikut dokumen yang bocor tu mesyuarat exco dah setuju malah sultan Johor pun dah perkenan, cumanya mungkin untuk proses kearah penguatkuasaan saja lagi pasai tu usul tu diserah kepada Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-undang untuk tindakan selanjutnya.
Patutnya Kerajaan Negeri Johor boleh bertindak lebih bijak menangani kebocoran ni supaya berita gembira ni tak dicemari insiden membocorkan dokumen sulit tu.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/11
0 comments:
Post a Comment