Penjara sehari: Ibrahim Ali dakwa beliau mangsa keadaan
Penjara sehari: Ibrahim Ali dakwa beliau mangsa keadaan
Published on Nov 19, 2013
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berang kerana terpaksa menjalani hukuman penjara sehari kerana menghina mahkamah.
Dakwanya, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan akan membuat rayuan agar dapat membersihkan nama baiknya.
Ibrahim Ali Habiskan Masa dengan Teh Tarik
DCM
Itupun khabarnya "dipenjarakan" di ruang menunggu mahkamah.
DUNIACACAMARBA
Ibrahim Ali dipenjara dan denda RM20,000
Ibrahim dipenjara sehari
Seperti mana dilaporkan oleh sebuah portal berita hari ini Inchek Ibrahim Ali bersama seorang penulis blog didapati bersalah menghina mahkamah dan jatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Berita boleh rujuk
sini http://www.malaysiakini.com/news/246984
Inchek Ibrahim dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM20,000, manakala penulis blog bernama Zainuddin Salleh dijatuhi empat minggu penjara. Hukuman penjara ke atas mereka berdua berkuatkuasa hari ini.
Ibrahim kini ditahan dalam lokap di kompleks mahkamah hingga jam 5 petang ini.
Mahkamah menjatuhkan hukuman itu setelah didapati Ibrahim dan Zainuddin menghina mahkamah apabila Ibrahim menerusi blog Perkasa pada 7 Januari lalu melalui tulisan Zainuddin didapati mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi VT Singham.
Zainuddin di dalam tulisan mendakwa Singham yang mendengar kes saman difailkan oleh Anwar Ibrahim terhadap Utusan Malaysia pada masa itu sebagai pro pembangkang.
Sama-sama berdoa mudah-mudahan Ibrahim akan tabah menghadapi ujian berkenaan. [wm.kl.3:14 pm 19/11/13]
Posted by mso.im at 3:43:00 PM
0 comments:
Post a Comment