Friday, 22 November 2013

Harun Taib Menjadi Punca Pas Hilang Kedah Dan Terengganu?...

Sabtu, 23 November 2013
Photo: Jom Sertai PAS! Sila ke kaunter Pejabat Agung dan Jabatan IT PAS di tapak pameran Muktamar Tahunan PAS Pusat @ Stadium Malawati Shah Alam untuk pendaftaran.

Betulkah? Ia bukan satu kebetulan!

(Sekadar Suatu Pandangan)
Sepanjang 30 tahun kebelakangan ini, satu2nya masa Ustaz Harun Taib tiada dalam Dewan Harian PAS Pusat adalah dalam penggal 2007-2009.

Di waktu itu, Ustaz Harun Taib telah meletak jawatan dari Ketua Dewan Ulama dan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat.

Malangnya, dalam pertanding itu Ustaz Harun Taib kalah agak teruk dengan penyandang, yakni Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Jadi, sepanjang 2007 hingga 2009 Malaysia tidak melihat dan mendengar suara Harun Taib sama sekali kerana beliau sudah tiada jawatan lagi.

Dalam penggal itu PAS menang besar di Parlimen, jadi MB di Perak dan menang Kedah. PAS berjaya membuat perubahan2 yang besar dalam kaedah mencapai sokongan dari rakyat Malaysia terutamanya dari kaum bukan Islam. 

Namun, selepas itu Harun Taib kembali menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Nampak sangat Ustaz Harun Taib ni gila jawatan.

Kebetulan pula kembalinya Harun Taib dalam Dewan Harian bersama dengan naikknya kumpulan ulama dalam PAS Pusat.

Sesudah itu, apa yang terjadi? PAS hilang Kedah dan PAS hilang Perak. Kerusi Parlimen berkurangan. 

Dewan Harian PAS Pusat bertugas membincangkan agenda utama dalam AJK PAS Pusat. Biasanya kalau ada apa2 bangkangan dalam Dewan Harian, apa sahaja agenda baru tidak dapat dipanjangkan kepada PAS Pusat.

Keberadaan Harun Taib dalam Dewan Harian jelas menampakkan kesan2 negatif ini. Ia bukan satu kebetulan.

Patutlah UMNO sayang sangat pada ulama PAS .

TULANG BESI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena