Monday, 18 November 2013

Pesawat MAS: Kurang Sesuai Untuk Lawatan Najib Ke Luar Negara...Katanya tak ada kelas!

Selasa, 19 November 2013
Photo: Setiap penerbangan Najib dan Rosmah ke luar menelan belanja rm470 ribu. Itu baru kos kapal terbang, belum kos lain.

Anda yang mengundi BN atau tidak tetap bersama-sama menanggung kos tersebut melalui cukai dan sebagainya.

Kata Shahidan, PM tidak sesuai naik MAS.
Setiap penerbangan Najib dan Rosmah ke luar menelan belanja RM470 ribu. Itu baru kos kapal terbang, belum kos lain.
Anda yang mengundi BN atau tidak tetap bersama-sama menanggung kos tersebut melalui cukai dan sebagainya.
Kata Shahidan, PM tidak sesuai naik MAS.
Fb DCM

Shahidan dedahkan sebab Najib tidak guna penerbangan MAS untuk ke luar negara..
Kerana nak pertahankan tindakan isteri Perdana Menteri yang menggunakan Jet Kerajaan dalam lawatannya ke Qatar baru-baru ini, Shahidan berkata lawatan yang dilakukan Rosmah adalah demi kepentingan negara.

Kepentingan apabendanya entahlah, sedangkan kita tahu hanya Menteri boleh mewakili Malaysia dalam hal ehwal perhubungan dua hala dengan negara lain.

Selain itu Shahidan juga mendedahkan sebab Najib tidak menggunakan penerbangan MAS.. Katanya tak ada kelas....
Pesawat MAS Kurang Sesuai Untuk Lawatan PM Ke Luar Negara 
www.mysumber.com 
KUALA LUMPUR: Penggunaan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS) untuk lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara adalah kurang bersesuaian kerana beberapa faktor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata antaranya laluan penerbangan MAS tidak meliputi semua kawasan dan adalah kurang bersesuaian jika pemimpin negara terpaksa menaiki pesawat komersil bersama penumpang lain.

"Ia melibatkan imej negara. Takkan Perdana Menteri terpaksa menunggu sehingga semua penumpang (baru boleh terbang).

"Ia akan melibatkan kos yang lebih tinggi jika kerajaan terpaksa 'charter' sebuah pesawat MAS untuk tujuan tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai penjelasan kepada beberapa anggota parlimen yang ingin tahu mengapa Perdana Menteri tidak menggunakan MAS untuk lawatan rasmi ke luar negara.

Shahidan berkata penggunaan pesawat-pesawat eksekutif milik kerajaan bukan terhad kepada Perdana Menteri sahaja.

Katanya, pesawat tersebut juga boleh diguna oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Perdana Menteri untuk tujuan lawatan rasmi ke luar negara.

Katanya, malah isteri Perdana Menteri juga boleh menggunakan pesawat tersebut untuk urusan rasmi di luar negara dengan syarat mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan sesuatu acara yang dihadiri itu mempunyai kepentingan untuk negara.

Katanya, perbelanjaan tinggi diperuntuk bagi penyenggaraan pesawat-pesawat ini bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

"Kalau kereta rosak, kita boleh berhenti di tepi jalan. Tapi kalau pesawat rosak, di mana kita nak berhenti?," katanya.

Awal bulan ini, Shahidan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah membelanjakan RM182 juta untuk petrol dan penyenggaraan tujuh buah pesawat eksekutif milik kerajaan. -BERNAMA 

Eh??.. Tak adalah pulak Shahidan kata Jet Eksekutif Kerajaan itu boleh digunakan oleh bekas Perdana Menteri untuk pergi makan kenduri macam macai komen di SINI..
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, November 19, 2013 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena