Sunday, 17 November 2013

Paker/Parking Muktamar PAS Ke 59 - Aku kian gelisah! Terlalu banyak perangkap dan jerangkap samar...

Ahad, 18 November 2013
Info Dari Urusetia Muktamar PAS Ke 59
Assalamualaikum, berikut adalah kawasan parking untuk perwakilan, media, VIP pemerhati dan pengnjung awam ke Muktamar PAS ke 59 & Karnival PAS for All. Sebaran umum adalah untuk memudahkan para pengunjung meletakkan kenderaan. Dilarang meletakkan Kenderaan di bahu jalan.
KedahLanie's Photos

Aku kian gelisah apabila semakin hampir dengan Muktamar...

Kerisauan aku kini adalah terlalu amat banyak perangkap dan jerangkap samar yang dipasang oleh musuh-musuh parti...

Semoga Allah selamatkan kita sebagai ahli-ahli bawahan yang tidak banyak jasa ini!

Sebagai ahli bawahan kepada sebuah parti Islam, aku kian gelisah apabila semakin hampir dengan Muktamar hujung minggu ini. Aku menjadi gelisah bukan kerana pertandingan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang menjadi tumpuan umum...bukan! Pertandingan bagi mana-mana jawatanpun dalam sebuah parti yang sangat meraikan proses demokrasi adalah perkara biasa.

Perkara yang menjadi kerisauan aku kini adalah terlalu amat banyak perangkap dan jerangkap samar yang dipasang oleh musuh-musuh parti bersempena dengan muktamar pemilihan parti ini. 

Persoalannya apakah para perwakilan muktamar nanti akan turut terjerumus dalam perangkap musuh yang kian galak mendendangkan irama yang amat mengasyikkan? Silap-silap hari bulan para perwakilan akan turut teransang irama muzik asyik yang penuh racun memabukkan ?

Dari irama konon perpaduan Melayu terancam, konon para ulama mahu dipinggirkan, konon PAS diserang fikrah Islam liberal, Syiah, Anwarinas, Ardogan, UG dan sebagainya yang amat memeningkan ahli-ahli bawahan, nampaknya parti PAS kian hampir terjerumus perangkap musuh.

Tiba-tiba puak-puak yang paling elergik dengan hudud dan  banyak buat fitnah kepada usaha pelaksanaan hudud selama ini berbunyi, "laksanakan hudud segera!", "Kalau Brunei boleh buat mengapa Kelantan tidak!", "Kami dah bersedia". Dan ada pula yang menyambut, "Tapi kena ada mahkamah khas dulu!". Pulak dah!!

Wau warak sungguh mereka ini...kalah Tok Guru Nik Aziz!

Lantas mereka bermadah, apa bezanya Brunei dan Kelantan!? 

A'ah tak ada bezanya kerana Brunei adalah kerajaan Persekutuan dan Kelantan pun sama...ada kerajaan persekutuan jugak!!!!

Aku menjadi pelik apakah para pemimpin utama parti, tidak kiralah golongan agamawan atau bukan, tidak faham dan begitu bodoh untuk memahami dan menyedari bahawa musuh-musuh parti sedang menggunakan bahasa badan, mulut-mulut dan lidah-lidah mereka sendiri untuk mengelirukan dan meretakkan fikrah para ahli-ahli PAS di serata tanah air?

Mungkin luahan kebimbangan aku sebagai ahli bawahan yang tidak ada jasa pada parti ini, tidak mempunyai nilai apa-apa di sisi 'para syifu' utama parti dan para pahlawan dan macai mereka yang sedang menghunus senjata kepada antara satu sama lain! 

Ya tak apa...kamu semua orang bijak pandai, tapi kamu lihatlah nanti apa akan berlaku kepada parti ini sekiranya keputusan pemilihan muktamar merupakan keputusan yang telah dicaturkan oleh musuh-musuh parti. Tengoklah nanti apa yang akan berlaku kerana percaturan musuh memang wujud sekarang!
Dihantar oleh accudo pada 6:47 AM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena