Friday, 22 November 2013

MAT SABU MENANG? Pengundian selesai, pengiraan sedang berlangsung...

Saturday, November 23, 2013


MAT SABU MENANG?

BETUL KE TIDAK BELUM DI PASTIKAN.MUNGKIN INI HANYA KIRAAN UNDI AWAL.SEBAB AKAN DIUMUMKAN PETANG NANTI.ADA SAHABAT POS DI FB.

Mohamad Sabu - 733 undi
Dato Nik Amar - 396 undi



Pengundian selesai, pengiraan sedang berlangsung

Para pemerhati politik dan peminat Pas kini sedang menanti-nanti keputusan pemilihan dalam Pas yang dijangka diumumkan menjelang tengah hari ini sebelum muktamar berhenti rehat. Proses pengundian semula untuk jawatan AJK Pas pusat baru selesai dijalankan.
Asmuni Alwi
Pengumuman rasmi masa untuk mengundi tamat telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi jam 10:43 minit pagi.

Pengiraan undi dijangka akan bermula sejurus semua peti-peti undi dibawa ke dewan pengiraan.

Persoalan yang sedang menggaru-garu kepala orang ramai ialah apakah keputusan itu nanti. Apakah berlaku kejutan atau sebaliknya.

Untuk jawatan timbalan presiden sekiranya pencabar Mohd Amar Nik Abdullah diityharkan menang ia dikira satu kejutan bakal merupakan suasana dalam Pas setidak-tidaknya untuk setahun dua.

Sukar untuk menentukan siapakah di antara mereka akan mengiringi Abdul Hadi Awang ke kerusi hiarerki tertinggi Pas bagi mambawa tanggungjawab dan amanah alhi Pas khasnya umat Islam amnya memperjuangkan Islam di negara ini.

Sejak semalam dan hingga ke saat ini berbagai ramalan, andaian dan spekulasi dibuat berhubung pemilihan kali ini. Iya berbagai-bagai andaian namun semuanya tidak berani mengakui untuk mengatakan siapa menang dan siapa kalah kerana keadaanya sama rata.

Bagi jawatan timbalan presiden Pas, setengah kaum mengatakan Mohamad Sabu akan berjaya mengekalkan kedudukannya, manakala kaum lain berpendapat Nik Amar akan mampu merobek kedudukan Mohamad Sabu.

Padangan penulis sekiranya siapa diantara mereka menang, majoritinya tidak kecil saja tetapi kalau melebihi 100 undi ia merupakan menang mewah.

Mengenai kedudukan naib presiden Pas, berbagai pandangan dilemparkan. Ada mengatakan Husam Musa, Mahfuz akan terkeluar dari barisan naib presiden di mana mereka akan diganti dengan Tuan Ibrahim Tuan Man dan Abu Bakar Chik.

Tidak kurang juga berpendapat Tuan Ibrahim akan mendapat undi terbanyak diikuti Husam dan Mahfuz Omar manakala Sallahuddin Ayub dan Abu Bakar Chik gagal untuk mencuri satu kerusi.

Dalam pada itu ada juga mengira keadaan kekal, di mana Husam, Salahudin dan Mahfuz akan mengekalkan kedudukan. Namun hati kecil saya membisikkan ada perubahan kecil dalam saf kepimpinan Pas kali ini. Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi hari ini juga. [shah 10:57 am 23/11/13]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena