Monday, 28 April 2014

Obama; Susan Rice Penasihat Keselamatan US bertemu 45-minit dengan Anwar & pemimpin PR

Selasa, 29 April 2014

Demokrasi Di Malaysia Tempang : Minta Amerika Syarikat Menegur Amalan Demokrasi Di Malaysia


Malaysia tidak laksana demokrasi sepenuhnya, kata pemimpin pembangkang kepada Amerika

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) meminta Amerika Syarikat yang merupakan "juara demokrasi" dunia agar menegur amalan demokrasi di Malaysia, yang disifatkan sebagai tempang dan tidak mematuhi sistem demokrasi itu sendiri.

Antara yang paling ketara adalah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Persekutuan tidak mematuhi sistem Persekutuan atau 'federalism' di Malaysia apabila hak negeri yang bukan di bawah kuasa parti pemerintah di peringkat negeri diketepikan, kata Datuk Mustafa Ali.

"Misalnya, kerajaan pusat menafikan hak negeri untuk mendapatkan royalti minyak di Kelantan," kata Setiausaha Agung PAS itu kepada Susan Rice, Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat dan tiga lagi pegawai Amerika dalam pertemuan 45-minit dengan pemimpin PR itu.

Turut serta dalam pertemuan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pagi ini adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam pertemuan itu, Anwar menjelaskan pendirian PR tentang mengapa mereka tidak bersetuju dengan TPPA secara keseluruhannya ketika disoal oleh Rice.

Anwar turut menyentuh soal integriti kehakiman di negara, namun tidak menyentuh secara spesifik terhadap kes beliau sendiri, kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

Lim pula menekankan isu kegagalan sistem di Malaysia yang tidak memberikan kemenangan kepada PR, walaupun mendapat 52% undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Pertemuan ini diadakan sempena lawatan Presiden Amerika Barack Obama ke negara ini.

"Saya turut menekankan kegagalan Malaysia dalam memberikan kebebasan media di negara ini, di mana semua media arus perdana dikawal oleh kerajaan," kata Mustafa.
Harakahdaily
IdaMan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena