Sunday, 20 April 2014

Pencarian Masih Buntu...APAKAH MISTERI #MISSINGMH370 BAKAL BERAKHIR...

Ahad, 20 April 2014

~~~APAKAH MISTERI #MISSINGMH370 BAKAL BERAKHIR TIDAK LAMA LAGI..BUATLAH APA YANG TERPAKSA @ TERDAYA RAKYAT SUDAH TIDAK MAMPU UNTUK MEMIKIRKANNYA. APATAH LAGI KELUARGA MANGSA HIDUP PERLU DITERUSKAN HANYA MASA SAHAJA YANG MENENTUKAN UNTUK PENAMAT CERITA..~~~

Malaysia Ikat Janji Dengan Australia Tentang Siasatan MH370

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Malaysia dan Australia dijangka menandatangani perjanjian bagi menetapkan pihak mana yang akan mengendali bangkai dan kotak hitam Malaysia Airlines Penerbangan MH370, jika ditemui.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata perjanjian itu dalam proses penggubalan dan beliau tidak dapat mendedahkan lebih lanjut mengenainya buat masa ini.

"Rangka perjanjian antara Malaysia dan Australia menyentuh persefahaman tentang bagaimana harus dikendali bangkai pesawat, kotak hitam dan mayat manusia jika kami dapat kesan (pesawat).

"Sebaik saja kami dapat bereskan butiran dengan Australia, kami akan dapat memberi lebih banyak maklumat kepada media," katanya pada persidangan akhbar dipengerusikan oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai perkembangan berhubung pencarian MH370 di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena