Sunday, 20 April 2014

[Video] Penghormatan Terakhir Harimau Jelutong!

Ahad, 20 April 2014
Published on Apr 19, 2014
Rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat sedang memberi penghormatan terakhir mereka kepada pemimpin veteran DAP Karpal Singh di Dewan Sri Pinang.

Sebentar tadi, kenderaan yang membawa keranda 'Harimau Jelutong' itu meninggalkan perkarangan rumahnya sambil diiringi ribuan penyokong yang menaiki, motosikal, basikal dan kenderaan lain.

Mendiang diberi pengebumian penghormatan negeri dan dijadual akan disempurnakan di Bukit Gantang pada jam 1 petang nanti.

Karpal, 74 terbunuh apabila kenderaan yang dinaikinya terlibat pada kemalangan lebuhraya Utra aSelatan berhampiran laluan keluar Gopeng pada awal pagi 17 April lalu.









Ribuan orang ramai mula berpusu-pusu masuk dan beratur panjang menunggu giliran untuk memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh peguam dan politik yang disegani tersebut.
Tidak jauh daripada dewan, tiga tempat bersejarah, Mahkamah Pulau Pinang, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan sekolah mendiang, St Xavier yang merupakan titik permulaan dalam karier mendiang.
Ahli keluarga, pemimpin DAP dan penyokong mendiang kelihatan sedih mengenangkan pemergian pemimpin kesayangan mereka. Sukarelawan juga sibuk menjaga perjalanan dalam dan luar dewan.
Sekitar jam 11 pagi, mendiang akan dibawa menuju ke Bukit Gantung untuk disemadikan buat kali terakhir melalui beberapa jalan penting seperti bangunan DUN dan sekolah lama mendiang. TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena