Amik Kau...Black List!
Macai juga kena bayar...jangan tak bayar...
PTPTN Senarai Hitam, Jika Tidak Bayar 20 Bulan
Tawaran PR...Mansuhkan PTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyenarai hitamkan nama peminjam sekiranya tiada bayaran yang diterima dalam tempoh 20 bulan.
Ketua Eksekutifnya, Agos Cholan (gambar) berkata PTPTN tidak mengambil tempoh singkat untuk menyenaraikan seseorang peminjam sekaligus dihalang ke luar negara sebaliknya memberi tempoh yang mencukupi.
"Bagi peminjam yang kita senarai hitamkan biasanya mengambil masa selama 20 bulan baru kita senarai hitamkan. Kita mengambil langkah mesra bukan tak bayar sebulan terus senarai hitam.
"Mulanya peringatan, tiga bulan selepas itu notis pertama, notis kedua dan notis ketiga setiap tiga bulan kemudian baru surat tunjuk sebab. Tak bayar juga baru kita masukkan dalam senarai hitam," katanya dalam satu sidang media bersempena majlis pelancaran Sahabat PTPTN di KLCC hari ini.
Setakat ini, seramai 130,000 peminjam disenarai hitamkan namun seramai 45,000 tampil untuk berunding dengan PTPTN agar nama mereka dikeluarkan daripada senarai itu. – Hasbullah Awang Chik/22 April, 2014.
P/s: Tahniah pengundi BN, takziah pengundi PR.
0 comments:
Post a Comment