Laporan New Straits Times yang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan yang sedang diteliti memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat.
Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST.
“Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan.
“Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.
“Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya nampak tidak masuk akal,” kata sumber tersebut seperti dipetik NST. MKini
Dengan kecanggihan alat Bluefin-21 pasukan mencari masih belum menjumpai tanda-tanda kewujudan MH370 di Laut Hindi. Walaupun Bluefin-21 telah melakukan hampir di separuh kawasan pencarian masih juga tidak menjumpai apa-apa tanda.
Setelah cerita teori MH370 mendarat disuatu tempat yang tidak diketahui berlegar dilaman sosial selama berminggu-minggu barulah penyiasat antarabangsa mengambil kira kemungkinan MH370 mendarat disuatu lokasi tertentu.
Sehingga hari ini juga belum ada mana-mana pihak yang menafikan dakwaan agensi perisikan negara Rusia yang mendakwa MH370 berada di Afghanistan akibat dirampas oleh pihak yang tidak diketahui.
Kuasa besar telah mula nampak mempermainkan kita terutamanya rakyat Malaysia. Bermula dengan berita yang mengatakan satu perjanjian akan dimeterai diantara Malaysia-Australia bagi hak penjagaan kotak hitam, bangkai pesawat dan mayat sekiranya pasukan Australia menjumpai MH370.
Tiba-tiba hari ini dalam NST dan Bernama, setelah sekian lama (45 hari) pasukan SAR mencari jejak MH370 dan berhabis beratus-ratus juta wang ringgit barulah meraka mula menerima pandangan kemungkinan pesawat MH370 mendarat disatu lokasi yang tidak diketahui.
Tikaqbuluh.
0 comments:
Post a Comment