Tuesday, 6 May 2014

Himpunan Aman 'Black 505': Mahkamah membebaskan ADUN Seri Setia kali kedua...

Selasa, 6 Mei 2014

Mahkamah membebaskan ADUN Seri Setia kali kedua

6/05/14

 
Mahkamah membebaskan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini daripada satu pertuduhan baru ke atasnya berhubung perhimpunan 'Black 505', Mei tahun lalu.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Yasmin Abdul Razak memutuskan, Nik Nazmi telahpun dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan sama oleh Mahkamah Rayuan, 11 hari lalu.

Hakim Yasmin memutuskan Nik Nazmi dilepaskan tetapi tidak dibebaskan dari pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 itu.

Katanya, pendakwaan sepatutnya meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan Mahkamah Rayuan dan tidak memfailkan kes baru di Mahkamah Sesyen.

Nik Nazmi, 32, didakwa mengikut Seksyen 9(5) akta tersebut kerana didakwa gagal mengeluarkan notis 10 hari mengikut Seksyen 9(1) akta sama, kerana menganjurkan perhimpunan 'Black 505'.

Perhimpunan berkenaan berlangsung di Stadium Kelana Jaya tidak lama selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Tuduhan itu serupa dengan tuduhan yang dikemukakan ke atasnya di mahkamah sama tahun lalu selepas perhimpunan 8 Mei itu.- Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena