" Respond Fathul Bari Terhadap Kenyataan Ahlinya Mengatakan Muslimat Tudung Labuh Sertai Demo GST Pelacur "
Macam inilah perangai UMNO, bila kena dekat batang hidung sendiri dikatakan pendirian pribadi. Jika kena dekat PR maka dikatakan pendirian parti. Tidak kisahlah dia bukan setiausaha ulama muda UMNO ataupun apa statusnya tapi yang pasti dia memang orang penting dalam ILMU.
Muslimat sedang berkira-kira untuk mengambil tindakan saman terhadap Abu Amru ini. Padan muka saman banyak sikit biar tersembam muka. Kurang ajar sangat, sampai nak samakan muslimat tudung labuh sertai demo GST dengan pelacur kelas atasan.
Tidak ada akal punya orang, ada sedikit ilmu agama tapi tidak digunakan pada jalan yang betul. Inikah yang kononnya ulama muda dalam UMNO, kalau macam inilah dikatakan ulama dalam UMNO memang bungkuslah UMNO mengangkat orang sebegini sebagai ulama muda dalam ILMU.
Dr Maza Bidas Ulama Muda UMNO Yang Biadap
Ulama Muda Umno Mulut Longkang Akan Di Hadap Ke Mahkamah
Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman digesa menarik balik kenyataannya berkenaan muslimah yang turun berdemonstrasi seperti pelacur kelas atasan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Pusat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Radzi jika beliau enggan berbuat demikian, selain memohon maaf kepada semua wanita yang hadir ke demonstrasi tersebut.
"Jika beliau enggan menarik balik kenyataan biadapnya itu dan memohon maaf, Dewan Muslimat PAS Pusat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya, lapor Harakahdaily.
Sebelum ini, Radzi melalui laman mikro twitnya menyamakan wanita Islam bertudung labuh yang turun ke Himpunan Bantah GST 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.
Dalam beberapa entri tulisannya pada 2 Mei lalu, Radzi antara lain menulis: ”Lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demonstrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya”.
Beliau juga menulis:"Muslimah tudung labuh yang berdemonstrasi adalah setaraf dengan para pelacur golongan atasan. Nak saya samakan para muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin? Jangan harap!"
Siti Zailah berkata, pemimpin pelapis seperti Radzi ini akan lebih merosakkan agama dan masa depan negara kerana kenyataan sedemikian akan menyebabkan negara berdepan dengan kehancuran.
Beliau berkata, kenyataan Radzi itu adalah ucapan kotor dan tidak bermaruah bagi seseorang yang sepatutnya menonjolkan akhlak baik sebagai seorang yang bersandarkan 'title' beragama dan berilmu.
Kenyataan biadap: Laporan polis terhadap Mohd Radzi

Posted by Jeebond BLM
0 comments:
Post a Comment