Friday, 16 May 2014

Hoyeah! Hero Kami...MH370: Akhirnya Najib mengaku? Sudah terlambat...

Jumaat, 16 mei 2014
19 hrs · Edited 
TNB dah jadi zombi? Gelar peragut IPP sebagai HERO?

What the fak!!
- TNB mampu jana sendiri tenaga dengan kos murah.

- TNB bersaing cara PAKSA dengan IPP.
- TNB tak SOKONG IPP

- TNB dipecah pecah.
- TNB dipaksa Sign perjanjian IPP.
- TNB melutut pada IPP

Yang paksa perjanjian tu NAJIB.
Tiba tiba Najib jadi hero!!

#Hoyeah!!!!!...

Stay tune n ragut rumput!!


20 hrs 

Poyo!!!! Lanjiau..
Dulu bila kritik cara Najib tangani isue MH370 gitu gini, masing2 kata jangan buat spekulasi bagai.

Yang cai cai penyembah Najib kata "ala pandai kritik jer. Cuba la cari tengok senang ke susah"
Nah kaw.. hari ni ngaku pulak salah.

Selamba kan muka dia. Lau nefara lain dah lama bunuh diri. Paling tidak LETAK JAWATAN jer.
Tapi kan.. muka tak malu ni selamba jer.. dah la urus negara hutang cecah paras BANKRUP.

Tak pasal2 kami semuankena bayar GST!!!

Haihh.. nak maki jee rasa..
 — with Riduan Masran

Jika Negara Luar PM Ataupun Presidennya Meletak Jawatan Kerana Kebertanggungjawaban Sebagai Seorang Pemimpin Tetapi Sayang Di Malaysia Tidak Sedemikian Malah Sanggup Menyalahkan Orang Lain Bila Sesuatu Isu Berlaku

boikot

Mungkin sudah terlewat untuk selamatkan MAS selepas MH370, kata Najib


Jangan Bazirkan Wang Rakyat Lagi Untuk Menyelamatkan MAS. Rakyat Sengsara Membayar Cukai Demi Pembangunan Negara Tetapi Kerajaan Mengunakan Wang Rakyat Dan Sumber Negara Untuk Diboroskan.

#MediaPakatan LIKE✔ SHARE✔ COMMENT✔


Situasi bangkrap adalah salah satu pilihan sebagai satu cara untuk menyusun semula Malaysia Airlines selepas bertahun mengalami kerugian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Mei, 2014.
Situasi bangkrap adalah salah satu pilihan sebagai satu cara untuk menyusun semula Malaysia Airlines selepas bertahun mengalami kerugian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Mei, 2014.


Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) daripada keadaan terkini, sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berjuang untuk terus bertahan berikutan kehilangan pesawat MH370.
Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam, perdana menteri berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh.
"Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam setiap tindakan terutama dari segi bagaimana penerimaan  para pekerja dan orang awam," kata Najib kepada WSJ.
MAS berkata semalam, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Kejadian tragis MH370 memberi kesan dramatik kepada prestasi suku pertama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada bursa saham Malaysia.
Ia menyaksikan jumlah pembatalan dan penurunan dalam penerbangan jarak jauh selepas kehilangan pesawat  MH370 pada 8 Mac.
Memandangkan majoriti penumpang dalam penerbangan itu warga China, jualan di negara itu merosot 60%, tambah MAS.
Berikutan pengumuman syarikat penerbangan itu, Reuters melaporkan ia adalah kerugian suku tahunan terburuk MAS sejak Oktober- Disember 2011.
MAS kerugian bagi tempoh tiga tahun yang lalu, dilanda kos yang tinggi dan persaingan sengit, kata agensi berita.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semalam bahawa Putrajaya tidak akan menyelamatkan MAS berikutan prestasi hambar syarikat penerbangan itu.
"Adakah kerajaan Malaysia menawarkan apa-apa bantuan kepada MAS? Tidak," kata Hishammuddin pada sidang akhbar mengenai penerbangan MH370 di Kuala Lumpur semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya memberitahu WSJ bahawa beliau berpendapat masih ada peluang untuk memulihkan MAS tanpa bantuan kewangan yang mahal atau langkah muflis.
"Kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk memulihkan MAS," katanya.
WSJ melaporkan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang lain dan perkhidmatan awam, dikuasai Melayu bagi jawatan pengurusan atasan di MAS, dengan orang bukan Melayu lebih suka bekerja di sektor swasta.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberitahu WSJ bahawa MAS lebih daripada sekadar perniagaan.
"Ia juga berkaitan tujuan sosial dan politik. Ketika ia menghadapi masalah, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk bertindak dengan cara komersial," katanya.
Berita MAS sedang berhadapan dengan kebankrapan mewujudkan satu jurang di kalangan penganalisis dan Kesatuan Sekerja Sistem Penerbangan Malaysia.
Ketua kesatuan itu, Alias ​​Aziz memberitahu WSJ memandangkan MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, bantuan Putrajaya adalah satu cara untuk menyelamatkannya.
"Kami memerlukan kerajaan untuk membantu kami. Kami perlukan bantuan mereka untuk membantu kami berkhidmat kepada pelanggan kami.
"Kami sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Kami berhak mendapat bantuan yang diperlukan," katanya.
Penganalisis  bagaimanapun memberitahu WSJ bahawa MAS memerlukan “jalan keluar yang pahit”, walaupun ia bermaksud membenarkannya bankrap seperti yang dilakukan Japan Airlines beberapa tahun yang lalu.
"Akan ada persoalan di mana kerajaan akan melihat dan bertanya sama ada mereka harus mengisytiharkan kebankrapan.
"Satu-satunya jalan keluar adalah kemusnahan kreatif – menghapuskan syarikat penerbangan itu dan membinanya semula dari awal," kata Shukor Yusof, bekas seorang penganalisis penerbangan Standard & Poor . – 16 Mei, 2014 .

Setiap tahun rugi...rugi,,rugi,,, apa tindakan Najib selaku menteri kewangan, dimana penasihat ekonomi, dimana menteri lantikan Idris Jala...
Kalau negeri Pakatan Rakyat sedap mulut keluar kenyatan pembangakan tak pandai nak mengurus ekonomi negara... 
Ini umno pandai mengurus...sampai dah jadi bangkrap...

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena