Tuesday 1 July 2014

DEMO ISU LYNAS: Polis bertindak ganas terhadap kami...Peserta Himpunan Hijau

Selasa, 1 ulai 2014
Posted by 

Pihak Polis bertindak ganas terhadap kami, kata peserta Perhimpunan Hijau

misc03_300
16 orang peserta telah ditahan di IPD Kuantan, dakwa dicederakan oleh anggota polis

KUALA LUMPUR: Peserta Perhimpunan Hijau menyerahkan memorandum kepada SUHAKAM menyatakan bahawa mereka amat kecewa dengan tindakan pihak polis daripada Ibu Pejabat Daerah Kuantan dalam mengendalikan perhimpunan aman rakyat ini. 
Perhimpunan ini telah diadakan pada 22 Jun lalu bagi membantah pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

“Bantahan pada 22 Jun 2014 merupakan upaya untuk menuntut penutupan operasi kilang Lynas di Gebeng. Lebih 1000 orang telah hadir untuk menyatakan bantahan dan memberikan sokongan solidariti kepada gerakan Himpunan Hijau ini,” kata salah seorang peserta himpunan, Dr. Phua Kia Yaw.

Menurut beliau, peranan polis sepatutnya memberi bantuan kepada Himpunan Hijau untuk memastikan perhimpunan aman dijalankan secara lancar. Tetapi apa yang berlaku, pihak polis langsung tidak menghormati hak rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

” Pihak polis menghentikan perhimpunan ini dengan kekerasan yang akhirnya menyebabkan 16 orang peserta telah ditangkap di IPD Kuantan.

“Ini bukan sahaja mencabuli hak rakyat untuk berhimpun dan hak bersuara, malah hak kebebasan individu telah dilanggar oleh pihak Polis,” katanya.

Tambah beliau, 15 orang tahanan telah dibebaskan pada awal pagi 23 Jun 2014 tetapi aktivis Friends of the Earth yang berasal dari Australia, Natalie Lowrey, telah terus ditahan dan hanya dibebaskan pada 27 Jun 2014.

“Ini merupakan salahguna kuasa oleh polis. Penggunaan undang-undang immigrasi untuk menahan beliau selama 6 hari juga merupakan satu tindakan berniat jahat untuk menghukum Natalie Lowrey sebagai warga asing yang menyokong Himpunan Hijau,” katanya.

Pada 22 Jun, telah berlaku pergelutan dan penangkapan oleh pihak Polis terhadap para peserta Himpunan Hijau. Menurut peserta, mereka mendakwa telah dipukul oleh pihak polis dan diberi layanan yang sangat teruk. Saksi dan mangsa kejadian telah membuat laporan polis tentang keganasan itu.

“Kami rasakan bahawa penindasan, penyalahgunaan kuasa dan keganasan polis semasa Himpunan Hijau adalah pencabulan hak asasi yang teruk dan mereka yang terlibat harus dibawa ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, para peserta Himpunan Hijau menggesa agar pihak SUHAKAM melaksanakan penyiasatan awam dan terbuka terhadap tindakan polis yang bertindak ganas pada Himpunan Hijau 22 Jun lalu.
Sidang media ini turut dihadiri oleh ADUN Semambu, Lee Chean Chung.

Posted & copy by 

Isnin, Jun 23, 2014


SEKITAR DEMO ISU LYNAS DI GEBENG KUANTAN

Himpunan Hijau, Shut Down Lynas.... Kecoh  bila wakil peserts Wong Tat dan 15 lg ditahan pihak polis selepas rundingan gagal...


Lima buah trak FRU siap sedia untuk hadapi sebarang kemungkinan.... Mereka yg ditangkap dibawa ke IPD Kuantan utk siasatan lanjut..... 
Dikhabarkan semua yg ditahan akan dibebaskan pd jam 0100 pagi. Barisan peguam telah dibenarkan masuk untuk proses jaminan. Kami akan terus berada di hadapan IPD KUANTAN sehingga semua tahanan dibebaskan. Solidariti akan diteruskan.
OCPD (ketua polis daerah kuantan- Tuan Aziz ) cakap proses penyiasatan hampir siap, mereka akan dibebaskan selepas lebih kurang 1/2 jam - 1 jam.

















GAYAPENEROKA 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena