Saturday 12 July 2014

Greenberg bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Corporation di US...McDonald’s Malaysia Nafi Sokong Israel!

Sabtu, 13 Julai 2014

#pray4gaza Selamat berehat di syurga

Semoga syurga menanti mu wahai anak kecil Gaza

Kerabu Bersuara

Kenyataan Media McDonald’s Malaysia Nafi Sokong Atau Salur Dana Untuk Penindasan (Israel).

Berikut yang McDonald’s Malaysia nyatakan.
McDonald's Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.
"Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya," menurut kenyataan restoran rantaian makanan segera daripada Amerika Syarikat itu dalam laman webnya www.mcdonalds.com.my.
Kenyataan McDonald's Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.
Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat dan meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu. "Salah satu daripada nilai utama kami ialah kami menjalankan perniagaan secara beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini," menurutnya.
"Di Malaysia kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francaisi tempatan dan pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat Malaysia, di samping menyokong program bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik," kata McDonald's.
Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat Mcdonald's Malaysia di talian 03–78433388, menurutnya. -TMI-
Betul ke?
Boleh percaya ke neh?
Kalau fitnah aku pun tak suka juga. Tapi nampaknya ramai yang dah bagitau MEKDI bagi dana kepada ISRAEL. Siapa ada gambar dan link berita lagi. MEKDI jangan tipu2. Jangan sampai orang sebarkan bukti karang.

Ameno World

Gambar: Berbanggakah lagi kita dengan produk Israel???

- Tompo -

Berbanggakah lagi kita dengan produk Israel???
- Tompo -
Pray 4 Gaza ...

Gambar: Pray 4 Gaza ...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena