Wednesday 2 July 2014

‎PKR keluar surat tunjuk sebab kepada Shamsul Iskandar, Faekah dan Amiruddin

Khamis, 3 Julai 2014

Khalid Ibrahim akur Faekah dikenakan tindakan disiplin PKR

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated Faekah Hussein dikenakan surat tunjuk sebab oleh PKR kerana mengeluarkan kenyataan di media. Gambar fail.
Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated Faekah Hussein dikenakan surat tunjuk sebab oleh PKR kerana mengeluarkan kenyataan di media. Gambar fail. 

Calon Timbalan Presiden PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan tindakan PKR mengenakan hukuman terhadap dua orang kanannya kerana melanggar disiplin semasa pemilihan parti.
Khalid bagaimanapun menasihati Setiausaha Politiknya, Mustapha Mohd Talib dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menteri Besar Incorporated (MBI) yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang Faekah Hussein supaya mengemukakan rayuan.
"Tak apa. Kalau itu keputusan Biro Disiplin, kita mesti terima."
"Mereka berhak membuat permohonan untuk rayuan dan dalam parti kita ada proses rayuan," katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.
Lembaga Disiplin PKR memutuskan menggantung keahlian Mustapha selama setahun secara serta merta.
Pengerusinya, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, ini ekoran tindakan mengugut yang dilakukan Mustapha terhadap seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan ketua Cabang Kuala Selangor.
Manakala Faekah dikenakan surat tunjuk sebab kerana mengeluarkan kenyataan di media.
Turut dikenakan surat tunjuk sebab adalah calon Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amiruddin Shaari.
Khalid berkata, pemimpin perlu menunjukkan kematangan dalam parti dan bukan mengenakan serangan peribadi.
Katanya, PKR perlu menunjukkan contoh sebagai satu parti yang mampu bersaing dengan Barisan Nasional (BN) jika dipilih rakyat untuk memerintah negara.
"Itu biasanya bukan diberi komen dalam perbincangan media tetapi boleh jadi jika perlu dibawa ke Biro Politik untuk dibincangkan," katanya mengulas mengenai kritikan yang dibuat Shamsul.
Shamsul secara terbuka mendesak pengunduran segera Khalid daripada jawatan menteri besar ekoran gagal mempertahankan jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor yang disandang sebelum ini.
Khalid berkata, beliau yakin sebahagian besar Adun dan Exco Selangor masih menyokong kepimpinannya, malah menganggap spekluasi pengundurannya tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
"Bukan itu sahaja sebab tujuan PRt apabila diberikan mandat adalah untuk menentukan rakyat memberikan amanah kepada wakil DUN menjalankan tugas dengan amanah dan tanggungjawab," katanya. – 2 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-ibrahim-akur-faekah-dikenakan-tindakan-disiplin-pkr#sthash.i0Yq1yJx.dpuf

‎PKR keluar surat tunjuk sebab kepada Shamsul Iskandar, Faekah dan Amiruddin 

PETALING JAYA 2 Julai - PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amiruddin Shaari serta Faekah Hussein berhubung isu penggantian Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Tan dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini berkata, Lembaga Disiplin PKR akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada anggota-anggota berikut untuk mendapatkan penjelasan berkenaan kenyataan media yang dikeluarkan kesemua mereka berhubung isu tersebut.

Shamsul yang juga ahli Parlimen Bukit Katil sebelum ini secara terbuka mendesak pengunduran segera Khalid daripada jawatan menteri besar Selangor lantaran kegagalan mempertahankan jawatan ketua PKR Cabang Kuala Selangor yang disandang sebelum ini.

Shamsul berkata, pengunduran Khalid tidak akan memudaratkan pentadbiran Selangor kerana ramai lagi pemimpin PKR yang berkelayakan dan berupaya menggalas tugas sebagai ketua negeri.

"Saya juga minta supaya Khalid memikirkan sedalam-dalamnya apakah tindakan yang terbaik untuk beliau lakukan.

"Pada saya, kalau kita dilihat tidak lagi upaya memimpin sewajarnya kita meletakkan jawatan dan tak perlu kita tunggu kepada mesyuarat PR dan sebagainya kerana kita ada ramai pemimpin di dalam PKR yang boleh memegang teraju itu dan boleh memimpin dengan lebih baik lagi," katanya.

Amiruddin dalam komentarnya turut berkata, kenyataan Shamsul adalah tepat, berasas dan selari dengan prinsip kebertanggungjawaban politik.

Beliau berkata, Khalid seharusnya sedar jawatan menteri besar yang kini disandang olehnya diputus dan ditentukan oleh kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat (PR).

"Pengumuman beliau tempoh hari untuk tidak mengundur daripada jawatan tersebut mengundang tanggapan negatif di kalangan rakyat Selangor seolah-olah kedudukan beliau sebagai MB bersifat mutlak dan ditentukan oleh dirinya sendiri," katanya, dalam komentar tersebut.

Amiruddin berkata, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pada masa sama turut mengingatkan jawatan menteri besar itu bukanlah hak mutlak Khalid atau mana-mana individu dan sewajarnya diinsafi oleh beliau termasuk pegawai dan penasihat di sekelilingnya.

Kenyataan kedua-dua pemimpin itu bagaimanapun dibidas Faekah yang juga penyelaras DUN Pelabuhan Klang.

Kenyataan Shamsul Iskandar itu katanya, melangkaui arahan Anwar yang menggesa pemimpin PKR supaya berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan berhubung jawatan menteri besar Selangor.

"Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar ini secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam Pakatan dan merosakkan imej PKR di mata rakyat," kata Faekah dalam satu kenyataan.

"Sewajarnya, beliau tahu batas dan kaedah yang harus digunakan sebagai anggota biro politik parti, apakah lagi kenyataan secara terangan bertujuan menyerang dan memburukkan imej rakan kepimpinan beliau dalam biro politik sendiri, iaitu Khalid," tambahnya.

Faekah turut menasihati Shamsul Iskandar perlu bersikap objektif, dan "sebagai peguam, Shamsul Iskandar seharusnya sedia maklum tentang legitimasi yang diperlukan untuk menjawat jawatan menteri besar."

TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena