Malam ini saya pergi ke tempat dekat Tune Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk memberi makanan kepada orang miskin dan orang yang tidur di tepi jalan, bersama dengan Nurul Izzah, Lim LIp Eng dan Ong Kian Ming.
Saya tiba agak lewat, dan lihat berpuluh puluh orang tengah berbaris mengambil makanannya daripada NGO Soup Kechara dan Pertiwi yang memberi perkhidmatan pemeriksaan tubuh badan.
Saya bercakap dengan beberapa lelaki yang tiada rumah dan tidur di tepi jalan tentang keadaan mereka. Seorang lelaki India yang berasal dari Tampin dan berumur 45 tahun kata dia menghidapi sakit jantung dan diabetes, gagal dapat cari kerja. Seorang lelaki Cina yang berasal dari Sabak Bernam dan berumur 54 tahun berkata beliau sudah tidak bayar sewa bilik selama dua bulan.
Kedua-dua mereka masuk Islam dan diberi kad pengenalan yang dikeluarkan oleh MAIS. Pada asalnya mereka berharap mereka boleh dapat elaun RM500 tetapi mereka tidak diberi apa apa sehingga hari ini.
Hari ini Kementerian pembangunan wanita dan masyarakat dan DBKL keluar kenyataan bahawa kerajaan akan dirikan One stop Centre demi memberi perlindungan dan makanannya kepada golongan yang papa miskin ini.
Adalah jelas kenyataan ini dibuat selepas kenyataan Tengku Adnan mendapat kritikan hangat daripada orang ramai. Kenyataan. Tengku Adnan ini sekolah-olah masukkan kaki ke dalam mulut. Ha Ha!! Dia memang patut dihentam kuat!!! :-))
Malam ini memang malam yang tidak saya lupai. Saya memang rasa sedih dan keluh pada golongan yang miskin ini. Saya berharap. Tengku Adnan berada bersama dengan kami untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam.......
0 comments:
Post a Comment