Friday 18 July 2014

[Video] Visual terakhir dalam pesawat MH17 Pesawat Malaysia Dituduh Bawa Pengintip...

Jumaat, 18 Julai 2014


Agensi keselamatan Ukraine, SBU, hari ini, mendedahkan dua rakaman perbualan telefon yang didakwa menjadi bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia. 

The Kyiv Post, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, melaporkan bahawa perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.

Berikut perbualan telefon tersebut:

Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).

Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?

Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.

Vasili Geranin: Berapa minit lalu?

Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu


Perbualan telefon kedua pula membabitkan anggota pemberontak bernama Major dan Greek.

Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino.

Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial.

Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah).

Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai.

Major: Mengenai pesawat ditembak jatuh di kawasan-Snizhne Torez. Ia adalah pesawat komersial. Jatuh berhampiran Grabove. Terdapat banyak mayat-mayat wanita dan kanak-kanak. Penduduk sedang melihat semua ini.

Siaran televisyen berkata ia sebuah pesawat pengangkut AN-26, tetapi ada perkataan Malaysia Airlines atas pesawat itu. Apa yang ia lakukan di wilayah Ukraine?

Soalannya dibalas oleh seorang komander militan.

“Ini bermakna pesawat itu membawa kumpulan pengintip. Mereka tidak seharusnya terbang. Perang sedang berlangsung.
 

Posted By Greenboc


Video selama 14 saat yang dirakamkan oleh Md Ali Md Salim dan dimuat-naikkan di akaun Instagram miliknya adalah dipercayai visual terakhir dirakamkan di pesawat Malaysia Airlines Flight penerbangan MH17 sebelum ia ditembak jatuh di Ukraine. 



Visual ini menunjukkan penumpang menyimpan bag masing-masing di tempat barangan. Tajuk yang diberikan oleh Md Ali bagi visual terakhirnya adalah "Bismillah... #hatiadasikitgentar.

*********

Video dengan nama akaun @masa1777 berdurasi 15 saat itu dimuat naik kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Amsterdam dengan kapsyen: "Bismillah...#hatiadasikitgentar". 

Dalam video itu juga kelihatan beberapa penumpang serta seorang pramugari MAS, sedang sibuk menyimpan barang-barang di ruang bagasi bagi bersiap-sedia untuk berlepas. 

Rakannya, Mohd Zaem Nordin, 24, yang berkongsi video itu dalam akaun Instagramnya tidak menyangka Md Ali berada dalam pesawat malang itu. 

"Apabila saya melihat videonya yang dimuat naik kira-kira 15 jam lalu, saya sangat terkejut dan tidak menyangka beliau berada dalam pesawat itu," katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini. 

Menurut Mohd Zaem, Md Ali sedang menyambung pengajian peringkatDoktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi di sebuah universiti di Armsterdam, dijangka menamatkan pengajiannya tahun hadapan. 
Dia yang kali terakhir berhubung dengan Md Ali pada 25 Jun lalu dalam laman sosial Facebook berkata: 

"Kami sentiasa berhubung melalui Facebook dan kali terakhir itu beliau menyatakan hasrat kepada saya untuk pulang beraya bersama anggota keluarganya pada tahun ini.

"Saya tidak sangka hasratnya itu tidak kesampaian dan video itu adalah video terakhir beliau, " katanya. 

Mohd Zaem yang mengenali Md Ali sejak 2010 menyifatkan beliau seorang yang periang dan suka mengambil berat akan rakan-rakannya.

"Kami mula kenal ketika beliau bertugas sebagai Felo di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) cawangan Kuala Lumpur dan beliau sangat peramah dan disenangi ramai," katanya. 

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada 6.10 pagi ini.

- BERNAMA
Sedakasejahtera


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena