Tuesday, 8 July 2014

Warga Gelandangan: Lim Guan Eng menangis....Idea 'bangang' menteri Umno BN disanggah lagi!

Selasa, 8 Julai 2014

Idea bangang Ku Nan menteri Umno BN di sanggah lagi...

Ku Nan kata ramai pengemis asing tapi...
Aktivis Dapur Jalanan, Adam Adli Abdul Halim berkata dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bahawa sejumlah besar pengemis di Kuala Lumpur terdiri dari warga asing bercanggah dengan hasil kajian kerajaan sebelum ini.
Katanya, kajian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 2010 menunjukkan seramai 99.3 peratus dari warga gelandangan yang ditemubual terdiri dari rakyat Malaysia.
"Angka ini diperoleh dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri.
"Jadi saya tidak faham bagaimana badan yang bertanggungjawab ke atas kebajikan sosial tidak mengambil inisiatif untuk memperbetulkan salah anggap ini," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini.
Posted by Kedah Lanie 


KETUA MENTERI PULAU PINANG YAB LIM GUAN ENG TIDAK DAPAT MENAHAN AIR MATANYA MELIHAT PARA GELANDANGAN MENIKMATI MAKANAN YANG BELIAU HIDANGKAN


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada pusat sehenti The Lighthouse di sini bagi membantu pusat itu meneruskan program mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan.

Beliau berkata, sumbangan daripada peruntukan Ketua Menteri itu diberikan selepas tersentuh melihat kesungguhan The Lighthouse yang dikendali NGO Penang Office for Human Development (POHD), serta keadaan golongan gelandangan di sana.

“Memberi makan adalah perbuatan yang sangat mulia. Saya sangat tersentuh dengan ‘soup kitchen’ di sini dan tempat lain, sama ada yang dikendalikan pertubuhan Katolik, Muslim, atau Hindu yang membantu memberi makan kepada golongan yang tidak mampu.

“Ini adalah usaha yang sangat mulia. Kita melihat mereka seperti insan, mereka berhak untuk diberi makan, terutama oleh badan-badan amal seumpama ini,” katanya dalam sidang media di sini.

Sehubungan itu, katanya lagi, beliau tidak memahami keputusan kerajaan persekutuan baru-baru ini yang ingin menghukum dan mendenda badan-badan yang membuat kerja amal seperti ini.

“Mereka perlu dipuji dan dilindungi, bukan dihukum dan didenda,” katanya lagi.

Guan Eng sempat meluangkan masa membantu mengagihkan makanan di sini di sebalik jadual padatnya berikutan sambutan ulang tahun ke-6 pengisytiharan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang jatuh pada hari sama.

Beliau juga dilihat gagal menahan air matanya sewaktu melihat para gelandangan menikmati makanan yang diberikan.

The Lighthouse yang terletak di Jalan Penang menerima kunjungan tanpa mengira kaum dan agama, malah menyediakan makanan menurut kepercayaan agama masing-masing, antaranya dengan tidak menghidangkan babi dan lembu.

“Ini sangat menghormati golongan gelandangan. Adalah sangat penting untuk kita mengangkat maruah mereka, selayaknya sebagai manusia,” kata Guan Eng lagi memuji tindakan itu.

Selain memberi sumbangan makanan, The Lighthouse juga menyediakan pusat kemahiran bagi golongan gelandangan seperti perniagaan dan masakan, bagi membuka peluang mereka untuk mendapat pekerjaan.

P Pinang tidak akan ikut Pusat

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP itu juga memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan sama sekali mengikut rancangan kerajaan Persekutuan untuk menggunakan Akta Orang Papa bagi membenarkan penahanan golongan gelandangan.

“Apakah undang-undang ini, apabila anda menahan seseorang hanya kerana mereka miskin selama 3 hingga 6 tahun? Ini lebih teruk daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya menggesa kerajaan agar tidak meneruskan rancangan (menghukum ‘soup kitchen’ dan golongan gelandangan). Adakah menjadi miskin dianggap jenayah di negara ini? Ini adalah sesuatu yang tidak akan kita lakukan di Pulau Pinang,” katanya lagi. -Roketkini.com
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena