Monday, 10 November 2014

Adnan MB Pahang HINA Utusan...Ulat pun disangka ular

Selasa, 11 November 2014

Berita Gempar Dari Lidah Rasmi Umno


Utusan Malaysia hari ini membidas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob apabila menghina akhbar milik Umno itu kerana berang dengan laporan berita mengenai 30, 000 kebanjiran warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.

Kolumnis Awang Selamat mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata Adnan sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak dapat menerima kritikan.

"Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri.

Ulat pun disangka ular. Beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan."Ada laporan lebih panas melibatkan negeri lain tetapi menteri besarnya tidak melatah," katanya dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat dalam Utusan edisi mingguan hari ini.

Awang berkata Utusan mempunyai hak untuk menyelar Adnan kembali kerana sikapnya yang angkuh dan menggunakan kuasa politik untuk membuli media."Memandangkan keangkuhannya, Utusan Malaysia ada hak untuk menyanggah beliau. Menggunakan kuasa politik untuk membuli media tidak boleh dibiarkan," kata Utusan.

Awang dalam tulisannya turut memberi amaran sudah tiba masanya untuk Adnan yang menjadi menteri besar sejak 1999 itu berundur dari ja‎watannya."Walaupun Adnan berjasa kepada negeri itu, tetapi ramai merasakan Pahang tidaklah sehebat mana di bawah pentadbirannya sejak 1999. 

Tiada faktor 'wow' yang boleh menjadi kebanggaan negeri."Isu kelemahan dan kepincangan tertentu di bawah pentadbiran beliau juga jadi bahan bualan. Ingatlah kebanyakan kita ada pekung.

Mengata orang tetapi gagal cermin prestasi sendiri," katanya.Katanya, meskipun penyokong Adnan percaya menteri besar itu mampu mengawal politik di Pahang, namun akar umbi pula sebaliknya mahukan perubahan kepimpinan negeri.

Tambahnya ini kerana gaya kepimpinan Adnan kini tidak lagi relevan, malah sepanjang pentadbiran menteri besar itu terpalit dengan isu seperti penerokaan tahan haram di hutan simpan dan tanah kerajaan negeri.

"Negeri lain sudah berubah menteri besar, Pahang masih orang sama yang rating dan popularitinya jatuh. Desas-desus menteri besar bakal diganti sudah lama berlegar," katanya.

Awang berkata sebagai pemimpin, Adnan pastinya faham untuk menerima hakikat beliau berundur dari kedudukannya‎ selain menasihati menteri besar itu untuk tidak menjadi liabiliti kepada parti dan negeri.‎

"Walaupun khabarnya, Adnan dikatakan bergantung kepada Sultan Pahang untuk survival politiknya namun dalam soal menjaga kepentingan rakyat Pahang, baginda akan mengambil pendirian terbaik. 

Lagipun yang akan mengundi atas nama demokrasi pada pilihan raya nanti ialah rakyat.‎"Walaupun Adnan tentu tidak senang dengan hal tersebut, tetapi Awang yakin beliau bukanlah jenis yang tidak boleh menerima realit‎i," katanya.

Malah dakwanya, kemenangan Umno-Barisan Nasional di Pahang adalah atas faktor kekuatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mana sekiranya Adnan mengumumkan untuk meletakkan jawatannya, sudah tentu negeri itu meraih kemenangan lebih besar.

‎"Rakyat Pahang lebih menghargai Najib, yang merupakan Ahli Parlimen Pekan."Setakat ini, tiada tanda Adnan mahu bersara secara sukarela, seolah-olah tiada pemimpin lain di Pahang yang layak. Maka eloklah Awang peringatkan ungkapan bahasa Inggeris, 'Don't overstay your welcome', yang beliau lebih arif maksudnya," katanya. ~malaysian insider

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena