Sejak Anwar Ibrahim ditangkap di rumahnya pada malam itu, yang disaksikan oleh ribuan orang bagaimana sepasukan polis dari Unit Tindakan Khas telah merempuh ke dalam rumah Anwar…. Sejak malam itu, dalam tempoh 4-5 hari selepas Anwar dibawa pergi, keadaan menjadi sangat membingungkan kerana tidak ada siapa pun yang tahu di mana Anwar berada dan apakahnasib buruk yang telah menimpanya….. Semua orang rasa tak sedap hati masa tu… Wan Azizah sendiri tak tahu di mana suaminya dibawa.
Kerajaan tiada pilihan…. Anwar mesti dibawa ke mahkamah untuk dibacakan pertuduhan ke atasnya… Mana boleh tangkap dan buat senyap begitu saja…. Desakan dari rakyat terlalu kuat…. Fadzil Nor dan Lim Kit Siang berganding bahu membangkitkan semangat rakyat untuk bangun menuntut supaya kerajaan berlaku adil kepada Anwar…!
Akhirnya, diumumkan dalam warta berita bahawa Anwar akan dibawa ke mahkamah pada sekian sekian tarikh…. Maka pada hari itu, ramailah orang berkumpul di luar mahkamah depan Dataran Merdeka tu…. Ramai sungguh orang hingga melimpah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Kemudian, tibalah kenderaan yang membawa Anwar memasuki perkarangan mahkamah diescort oleh berbelas-belas buah kereta polis depan dan belakang…. Sebaik saja Anwar melangkah keluar, terlihatlah sesuatu yang menggemparkan Malaysia… Seluruh dunia terperanjat….. Anwar cedera…! Mukanya bengkak dan matanya lebam seperti kesan dipukul dengan kuat, atau lebih tepatnya, macam lepas kena belasah dengan teruk.
Kemudian Anwar memberitahu hakim dalam mahkamah, bahawa dia telah dipukul ketika dalam tahan polis…. Ceritanya, selepas Anwar dibawa pergi pada malam tu, di pertengahan jalan polis telah menukarkan Anwar ke dalam kenderaan lain, dan ketika itulah mata Anwar ditutup dengan kain hitam…. Jadi, Anwar sendiri tidak tahu ke mana dia dibawa…. (di belakang hari barulah diketahui malam itu dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman)…. Ketua Polis Negara ketika itu ialah Rahim Noor.
Dalam keadaan bergari dan mata bertutup, Anwar dibawa masuk ke dalam lokap, dan ketika itulah berlaku tragedi yang telah merubah perjalanan sejarah politik negara…. Anwar telah ditumbuk dan dibelasah dengan kejam sehingga pengsan….. Cuba bayangkan, tangannya bergari dan matanya bertutup, kemudian dia jatuh setelah dipukul bertalu-talu… Cuba bayangkan bagaimana orang yang tangannya bergari jatuh di atas lantai simen…. Darah meleleh pada hidung dan mulutnya…. Cubanya bayangkan, 3 minggu sebelum itu Anwar Ibrahim ialah seorang Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, sekarang diperlakukan sehina itu….
Anwar dipukul hingga pengsan dan dibiarkan terbaring seorang diri di atas simen dalam lokap sepanjang malam itu hingga ke pagi esok…. Tukang sapu lokap yang masuk kerja pagi esoknya yang pergi mengadu kepada pihak polis yang Anwar cedera dan perlu diberi rawatan.
Bila Fadzil Noor menyebut dalam ceramah : “Anwar Ibrahim…. Sahabat saya…. Telah dizalimi dengan kejam….!” Ramai yang mengalirkan air mata ketika itu.
Saya masih ingat, Lim Kit Siang dengan lantangnya mengecam Ketua Polis Negara, dalam ceramahnya di hadapan ribuan orang. Katanya : “Siapakah… penjenaya… nombor ssatuuu… di Malaysia…!” Orang pun jawab ramai-ramai, “Rahim Noor..!”
“Yaa… Rahim Noor bukan saja penjenaya nombor satu, tetapi juga pembohong nombor satu…! Dia tangkap Anwar, kita bimbang keselamatan Anwar, bila kita tanya, apa Rahim Nor kata…? Anwar safe and sound..! Anwar safe and sound…! Tetapi apa yang berlaku…? Tangan digari, mata ditutup, Anwar ditumbuk hingga mata llebaam..!”
Atas desakan massa pada ketika itu, akhirnya kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat siapa yang pukul Anwar. Anggota suruhanjaya dilantik dari kalangan anggota polis juga, yang berpangkat atasan….. Di kalangan rakyat pula, sebahagiannya menuduh Rahim Nor sendiri yang pukul Anwar dalam lokap, dan sebahagian lagi tidak tergamak untuk mempercayai bahawa Ketua Polis Negara sendiri yang bertindak sebodoh itu, seperti tidak masuk akal, apatah lagi yang jadi mangsa ialah Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri…! Ini bukan kisah konstabel cap ayam tangkap budak curi kabel punya cerita.
Setelah beberapa minggu melakukan siasatan, akhirnya suruhanjaya khas yang dibentuk itu membuat sidang akhbar untuk mengumumkan secara rasmi bahawa siasatan telah selesai dijalankan dan mengumumkan hasil siasatan…. Hasil dari siasatan itu, suruhanjaya merumuskan bahawa orang yang memukul Anwar itu gagal dikenalpasti….!!!!!
Sebelum itu Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar pukul diri sendiri untuk menarik simpati rakyat.
Saifudin Nasution, dalam melepaskan kritikan yang tajam kepada kerajaan, telah mengungkapkan suatu sindiran yang terkenal ketika itu : “Anwar ditangkap polis…! Naik kenderaan polis…! Dibawa ke balai polis…! Dimasukkan ke dalam lokap polis…! Dipukul oleh polis…! Polis siasat polis…! Polis tak jumpa polis..!”
[Di belakang hari, Rahim Nor mengaku dalam mahkamah dia yang memukul Anwar].
Sudah 16 tahun peristiwa itu berlalu…. Saya mengikuti sekelian peristiwa itu dari dekat…. (kerana ketika itu ofis saya di Jalan Sultan Ismail)….. Haji Hadi sempat dengan kejadian itu… Ketika Anwar kena zalim, orang Cina dan India pun menangis, hanya lebai bodoh saja yang tak ada hati perut, padan duk berfalsafah pasal tong taik tak habis-habis,
Credit to : Abe awang malaya
#DemiRakyatKeranaAllah

0 comments:
Post a Comment