Tuesday 12 May 2015

Bila pulak Rosmah berlagak PM?

Selasa, 12 Mei 2015

Bila Rosmah berlagak PM, soal pembantu


"Pernahkah Datin Seri Rosmah Mansor mempengerusikan mesyuarat kabinet? Pernahkah beliau menasihati Yang di-Pertuan Agong?" Itu antara persoalan ditanyakan pembantu perdana menteri Rizal Mansor sebagai reaksi kepada kenyataan Tun Dr Mahathir semalam.

Kata Rizal, memang ada pihak tertentu mendakwa Rosmah berkelakuan seperti perdana menteri namun beliau tidak melihat ada kebenaran pada tuduhan berkenaan.

"Justeru, tolong beritahu saya, pernah tak beliau (Rosmah) menghadiri mesyuarat kabinet atau mempengerusikannya?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Semalam Dr Mahathir sekali lagi mengkritik Rosmah yang dikaitkannya dengan gaya hidup mewah.

Kata bekas perdana menteri itu, beliau didatangi oleh pelbagai ramai kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Najib.

Menurut Rizal Rosmah juga tidak pernah memberi sebarang arahan kepada mana-mana menteri atau ketua setiausaha sesebuah kementerian.

Begitu juga, kata Rizal, Rosmah tidak pernah menasihati Agong seperti tugas rasmi seorang perdana menteri.

'Kemewahan' pasangan Najib - Rosmah menjadi antara perbualan ramai termasuk di kalangan veteran politik dan wartawan.

Malah aspek itu turut pernah menarik perhatian media luar negara seperti dilakukan akhbar New York Times di AS dan majalah Tempo Indonesia.

Ekoran laporan New York Times itu, Pejabat Perdana Menteri menjelaskan kekayaan Najib diwarisi daripada keluarganya

- mkini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena