Monday, 15 June 2015

Bentang RUU - Hadi kena ambil persetujuan Agong dahulu...pulak dah!

Isnin, 15 Jun 2015

Menteri suruh Hj Hadi ambil persetujuan Agong dahulu sebelum bentang RUU

Nazri: Hadi perlu persetujuan Agong

Rang Undang-undang Persendirian (RUU) Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuka jalan kepada pelaksanaan hudud, tidak akan dibincangkan di persidangan Dewan Rakyat tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata mana-mana RUU yang berkaitan dengan agama mesti mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja sebelum ia dibawa ke Parlimen.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam di peringkat persekutuan.

Katanya, bagaimana boleh membincangkan RUU mengenai hudud apabila Yang di-Pertuan Agong sendiri tidak diberi penerangan.

"Itu kurang ajar," kata Nazri, yang juga bekas menteri undang-undang dan bekas menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen, kepada Malaysiakini dalam satu wawancara pada hari Sabtu.
Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena