Thursday, 11 June 2015

PAS tak faham konsep ‘bercerai’? Pemimpin PAS Selangor, bertungkus-lumus memberi amaran kepada pucuk pimpinan.

Jumaat, 12 Jun 2015

Putus hubungan : PAS tak faham konsep ‘bercerai’?


PAS sekarang faham yang “anda tidak boleh minta cerai tapi masih hendak tinggal di rumah yang sama”, kata seorang pemerhati ketika parti Islam itu kini merasa kesannya akibat daripada niat mereka berpatah arang dengan DAP.

Pemimpin PAS Selangor khususnya, bertungkus-lumus memberi amaran kepada pucuk pimpinan parti agar tidak meneruskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP, yang diluluskan muktamar parti itu tanpa bahas, menimbulkan kemarahan beberapa perwakilan.

Akibat daripada usul itu mula dirasai apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau sedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri dan agensinya dengan segera tanpa sebarang soalan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau percaya mereka “tiada pilihan lain kecuali meletakkan jawatan” selepas usul itu diluluskan kerana “suatu yang tidak dapat dipertahankan daripada segi politik” bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuainya.

Pemimpin PAS kemudiannya dengan segera cuba memperbetulkan keadaan.

Bocor | Pegawai eksekutif Pas semua geng ad Din

TERKINI                                                                                           

Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa Pas malam kelmarin tidak mengumumkan nama-nama yang mengisi jawatan pegawai eksekutif parti seperti Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan juga Pengarah Pilihan Raya.

Katanya pengumuman lantikan itu akan dibuat pada 21 Jun depan. Serentak itu juga akan dibuat enam perlantikan sebagai AJK tambahan dari kalangan mereka yang tewas dalam perebutan jawatan pada muktamar lalu.

Bagaimana pun dari apa yang difahamkan, nama-nama untuk mengisi jawatan ekskutif berkenaan telah pun dibuat ataupun dikenal pasti. Untuk jawatan Setiausaha Agung seperti mana yang dispekulasikan, Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan telah dilantik untuk mengisi jawatan berkenaan.

Penyandang jawatan itu sebelum ini Mustapa Ali yang dianggap sudah lapok dan tidak relevan lagi tidak dibiarkan begitu sahaja. Beliau yang menjadi mentor politik kepada Abdul Hadi Awang masih lagi diperlukan. Mustapa dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya Pas.

Perlantikan Mustapa sebagai mengganti Dr Mohd Hatta Ramli itu dilihat bagi membolehkan Mustapa berada dalam Dewan Eksekutif Pas, Dewan Harian yang terlibat dengan membuat dasar dan polisi baharu serta meletakkan Pas pada hala tujuan semasa. Mustapa dilihat akan menjadi penasihat eksekutif politik kepada Abdul Hadi dan dewan eksekutif itu sekali.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena